
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata Jawatankuasa Aduan yang bebas sudah pun wujud untuk menangani aduan orang ramai berkaitan salah laku pegawai SPRM. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.
Cadangan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah bidang kuasanya adalah tidak perlu dan tidak relevan.
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata Jawatankuasa Aduan yang bebas sudah pun wujud untuk menangani aduan orang ramai berkaitan salah laku pegawai SPRM.
“SPRM sudah pun dipantau dengan berkesan oleh panel-panel dan jawatankuasa bebas termasuk, selain daripada LPPR, penasihat utama dasar SPRM, Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah, Panel penilaian Operasi serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah. Read more