Tak relevan SPRM dikawal selia EAIC, kata pengerusi lembaga penasihat rasuah

Sumber: The Malaysian Insider

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata Jawatankuasa Aduan yang bebas sudah pun wujud untuk menangani aduan orang ramai berkaitan salah laku pegawai SPRM. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.

Cadangan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah bidang kuasanya adalah tidak perlu dan tidak relevan.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata Jawatankuasa Aduan yang bebas sudah pun wujud untuk menangani aduan orang ramai berkaitan salah laku pegawai SPRM.

“SPRM sudah pun dipantau dengan berkesan oleh panel-panel dan jawatankuasa bebas termasuk, selain daripada LPPR, penasihat utama dasar SPRM, Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah, Panel penilaian Operasi serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah. Read more

Ambiga anggap derma RM2.6 bilion pengakuan campur tangan kerajaan asing

Sumber: The Malaysian Insider

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 30 September, 2015.

Aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan menganggap kenyataan kerajaan berkenaan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri sebagai satu pembohongan yang menjerumuskan kerajaan ke dalam masalah lebih besar.

Penafian kerajaan yang ia bukan satu rasuah sebaliknya merupakan derma dari Timur Tengah ibarat satu pengakuan ia satu campur tangan dalam sistem pilihan raya Malaysia, kata presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) itu.

“Adakah mereka tahu apa yang mereka lakukan?

“Mereka sebenarnya menyatakan yang mereka membenarkan kerajaan asing dalam pilihan raya kita.

“Bukankah ini tidak masuk akal? Mereka tidak sedar pembohongan itu tidak mengeluarkan mereka daripada masalah tetapi ia menjerumuskan mereka ke dalam lebih banyak masalah,” katanya pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. Read more