Suhakam memperingati hari tanpa keganasan Antarabangsa 2015 – Hasmy Agam

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2015/10/02/suhakam-memperingati-hari-tanpa-keganasan-antarabangsa-2015-hasmy-agam/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

OLEH TAN SRI HASMY AGAM

Suhakam Chairman Tan Sri Hasmy Agam - TRP file pic

Suhakam Chairman Tan Sri Hasmy Agam – TRP file pic

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bersama-sama negara lain di dunia bagi meraikan Hari Tanpa Keganasan Antarabangsa hari ini, 2 Oktober, sempena hari lahir Mahatma Gandhi yang merupakan ikon yang menolak sebarang unsur keganasan.

Mengambilkira aspek tanpa keganasan, toleransi, penghormatan sepenuhnya terhadap hak asasi manusia dan kebebasan untuk semua, demokrasi, pembangunan, persefahaman dan menghormati kepelbagaian, adalah saling berkait dan saling mengukuhkan, resolusi pada 15 Jun 2007 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan untuk memperingati hari antarabangsa ini, mengalu-alukan semua negara anggota PBB untuk menyebarkan mesej tanpa keganasan, termasuk melalui pendidikan dan kesedaran awam.

Justeru, Suhakam menyambut baik ikrar yang dibuat perdana menteri ketika Sidang Kemuncak Pemimpin mengenai Pembanterasan (ISIL) dan Keganasan Melampau di PBB baru-baru ini Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme yang dilakukan atas dasar agama, serta atas kapasitinya sebagai Pengerusi Asean, Malaysia “akan berjuang bermati-matian untuk membendung penularan ideologi Negara Islam Syria dan Iraq (Isis) dan membasmi segala bentuk ekstremisme serantau dan juga tempatan”.

Sebab itu semua orang berhak untuk hidup dalam dunia yang aman dan bebas daripada sebarang bentuk keganasan, Suruhanjaya menyeru bagi memperkasakan semua rakyat untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pembentukan sebuah masyarakat demokratik yang berpegang teguh berdasarkan budaya tanpa keganasan dan untuk menolak sepenuhnya sebarang bentuk atau manifestasi ekstremisme.

Pada kesempatan ini, Suhakam juga ingin menegaskan ia akan terus menyokong dan menggalakkan sikap, nilai dan tindakan yang berdasarkan penghormatan terhadap nyawa, maruah dan semua hak asasi manusia. – 2 Oktober, 2015.

* Penulis adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)