Freedom Fund sedia bantu mangsa pendakwaan Akta Hasutan

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2015/10/12/freedom-fund-sedia-bantu-mangsa-pendakwaan-akta-hasutan/
SHARE

Source: The Malaysian Insider

Freedom Fund yang ditubuhkan bagi membantu mereka terbabit dalam perhimpunan dan menyokong hak kebebasan bersuara kini sedia beri bantuan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menyatakan Akta Hasutan bertepatan dengan Perlembagaan. – Gambar Facebook, 12 Oktober, 2015.

Freedom Fund yang ditubuhkan bagi membantu mereka terbabit dalam perhimpunan dan menyokong hak kebebasan bersuara kini sedia beri bantuan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menyatakan Akta Hasutan bertepatan dengan Perlembagaan. – Gambar Facebook, 12 Oktober, 2015.

Freedom Fund yang ditubuhkan awal tahun ini bagi membantu mereka terbabit dalam perhimpunan dan menyokong hak kebebasan bersuara bersedia menyalurkan bantuan pada bila-bila masa susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menyatakan Akta Hasutan bertepatan dengan Perlembagaan.

Keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan pada 7 Oktober lalu terhadap bantahan seorang pensyarah undang-undang Profesor Dr Azmi Sharom sekali gus akan meneruskan semula perbicaraan 30 kes di bawah Akta Hasutan yang ditangguhkan menunggu keputusan berkenaan.

Mahkamah Persekutuan pada 7 Oktober tolak bantahan pensyarah Dr Azmi Sharom terhada Akta Hasutan yang akan menyebabkan perbicaraan 30 kes di bawah akta itu diteruskan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2015.

Mahkamah Persekutuan pada 7 Oktober tolak bantahan pensyarah Dr Azmi Sharom terhada Akta Hasutan yang akan menyebabkan perbicaraan 30 kes di bawah akta itu diteruskan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2015.

Kes terbabit melibatkan ahli politik, aktivis, pensyarah dan peguam yang semuanya didakwa di bawah undang-undang zaman penjajah susulan mengkritik pihak berkuasa, menganjurkan perhimpunan terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) dan memberikan pandangan akademik mengenai isu nasional.

Freedom Fund juga dijangka mendapatkan permohonan daripada penentang yang menghadapi pertuduhan mengikut undang-undang lain seperti Kanun Keseksaan, Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan enakmen agama negeri.

Thomas Fann, yang mengetuai jawatankuasa kerja menguruskan Freedom Fund yakin mereka tidak akan mempunyai masalah mengumpul wang untuk membantu defendan dalam kes tersebut.

“Berdasarkan pengalaman dalam perhimpunan Bersih 4, rakyat Malaysia sangat bermurah hati bagi menyokong ‘pejuang kebebasan’ dan orang yang memerangi rasuah dan ugutan,” katanya yang juga pengerusi kumpulan tindakan rakyat (ENGAGE).

Penganjur Bersih 4 berjaya mengumpulkan sejumlah RM2.6 juta hasil sumbangan orang ramai bagi perhimpunan pada Ogos lalu untuk menuntut perubahan demokratik dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana terbabit dengan skandal kewangan.

Syarat ditekankan Freedom Fund cukup mudah di mana ia tidak akan menyokong mana-mana tindakan dan ucapan yang jelas menghasut keganasan dan kebencian di kalangan kaum dan agama di negara ini.

Bagaimana ia berfungsi?

Freedom Fund sebelum ini membantu 13 keluarga ahli PAS yang dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana membantah majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada 2009.

Zambry dilantik sebagai menteri besar berikutan kejatuhan kontroversi kerajaan Pakatan Rakyat selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) gabungan pembangkang itu belot.

Fann berkata, Freedom Fund berjaya mengumpulkan wang bagi memberi RM2,000 sebulan kepada setiap keluarga dalam tempoh 5 bulan ketika ahli PAS berkenaan dipenjarakan.

“Seramai 13 orang diberhentikan kerja sebelum mereka dipenjarakan dan mereka tidak mampu menyara keluarga,” katanya sambil menambah kes ini menjadi contoh bagaimana Freedom Fund berfungsi.

Freedom Fund diselia ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada beberapa individu terkemuka seperti aktivis masyarakat sivil Datuk Ambiga Sreenevasan, Maria Chin Abdullah, Tan Sri Ramon Navaratnam, Tan Sri Simon Sipaun dan Datuk Noor Farida Ariffin.

“100% daripada wang yang kami kumpulkan digunakan untuk pengurusan kes. Kos pentadbiran yayasan berasingan dan ditanggung sukarelawan dalam jawatankuasa kerja,” katanya.

Berbanding menetapkan sasaran keseluruhan, Freedom Fund mengumpulkan derma bagi perbelanjaan apabila terdapatnya kes dan menggunakan wang berkenaan sebaik saja menerimanya, kata Fann.

Fann berkata, ia hanya membayar yuran mahkamah seperti yuran memfailkan kes dan jaminan, kerana peguam kebiasaannya memberikan perkhidmatan pro bono.

Bagaimanapun terdapat pengecualian dalam kes Wan Sulaiman Wan Ismail yang didakwa Jabatan Agama Perak kerana menyatakan pandangan berbeza mengenai Islam.

Dalam kes Wan Sulaiman, Freedom Fund membantu membayar seorang peguam mahkamah syariah kerana mereka tidak dapat mencari peguam memberikan khidmat secara pro bono, menurut laman web rasmi Yayasan Kebebasan reedomfund2015.wordpress.com.

Menentang ugutan

Selain kes Wan Sulaiman, Freedom Fund sudah membantu membayar wang jaminan Maria dan aktivis Mandeep Singh, Adam Adli Abdul Halim dan Fariz Musa yang didakwa berkaitan dengan perhimpunan #KitaLawan pada 28 Mac lalu.

Freedom Fund membantu membayar wang jaminan Maria dan aktivis Mandeep Singh, Adam Adli Abdul Halim dan Fariz Musa yang didakwa berkaitan dengan perhimpunan #KitaLawan pada 28 Mac lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2015.

Freedom Fund membantu membayar wang jaminan Maria dan aktivis Mandeep Singh, Adam Adli Abdul Halim dan Fariz Musa yang didakwa berkaitan dengan perhimpunan #KitaLawan pada 28 Mac lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2015.

“Kami jangka untuk menjadi lebih aktif selepas kes Azmi Sharom dan kami sudah bersedia,” katanya.

Selain memberikan bantuan, Freedom Fund akan menangkis segala intimidasi dan ketakutan yang sedang disebarkan melalui pendakwaan, dengan menunjukkan rakyat Malaysia akan menyokong orang yang dihukum kerana bersuara menentang pihak berkuasa.

“Sebelum ini, apabila seseorang yang didakwa mengikut Akta Hasutan, rakan mereka akan datang untuk membantu dan mengumpulkan wang.

“Sekarang kita mempunyai pusat dan tempat rujukan untuk sesiapa saja yang merasakan mereka didakwa kerana bertindak mempertahankan hak mereka di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” kata Fann.

Freedom Fund juga tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dan akan mempertimbangkan untuk membantu orang seperti ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Khairuddin ditahan di bawah Sosma pada 23 September lalu selepas beliau meminta bantuan agensi luar untuk menyiasat dakwaan rasuah dan salah laku ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 12 Oktober, 2015.

 

Pautan Artikel Bahasa Inggeris