Laman sesawang Malaysia Chronicle pula disekat

Sumber: The Malaysian Insider

Seorang pengarang Malaysia Chronicle mengesahkan hari ini, laman sesawang pengumpul berita (aggregator) itu disekat aksesnya semalam, menjelang pembentangan Bajet 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kunjungan ke alamat laman sesawang itu di www.malaysia-chronicle.com membawa kepada satu mukasurat dengan notis: Laman sesawang ini tidak boleh diperolehi di Malaysia kerana ia melanggar undang-undang negara”.

Wong Choon Mei mengesahkan sekatan itu bermula tengah hari semalam.

Beliau enggan mengulas lanjut memandangkan pasukannya masih belum mendapat sebarang kenyataan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Read more