Laman sesawang Malaysia Chronicle pula disekat

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2015/10/24/laman-sesawang-malaysia-chronicle-pula-disekat/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

Seorang pengarang Malaysia Chronicle mengesahkan hari ini, laman sesawang pengumpul berita (aggregator) itu disekat aksesnya semalam, menjelang pembentangan Bajet 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kunjungan ke alamat laman sesawang itu di www.malaysia-chronicle.com membawa kepada satu mukasurat dengan notis: Laman sesawang ini tidak boleh diperolehi di Malaysia kerana ia melanggar undang-undang negara”.

Wong Choon Mei mengesahkan sekatan itu bermula tengah hari semalam.

Beliau enggan mengulas lanjut memandangkan pasukannya masih belum mendapat sebarang kenyataan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Malaysia Chronicle juga memaparkan di Facebook hari ini, memaklumkan kepada pembacanya bagaimana untuk mendapat akses kepada laman sesawang mereka yang disekat itu.

Ia menunjukkan langkah yang perlu dilakukan untuk menyesuaikan server nama domain (DNS)tempatan pengguna laman sosial itu.

The Malaysian Insider sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada SKMM dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia berhubung sebab sekatan dikenakan ke atas Malaysia Chronicle.

SKMM pada Julai menyekat akses di Malaysia ke atas laman sesawang pemberi maklumat Sarawak Report yang berpangkalan di United Kingdom, atas alasan artikelnya berhubung dana pelaburan kontroversi milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan negara.

Sarawak Report masih disekat hingga kini tetapi boleh diakses melalui rangkaian peribadi maya (virtual private networks). – 24 Oktober, 2015.