Putrajaya enggan jawab alasan guna Sosma tahan Khairuddin, Matthias

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2015/11/04/putrajaya-enggan-jawab-alasan-guna-sosma-tahan-khairuddin-matthias/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nancy Shukry tidak menjawab pertanyaan penahanan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang Wen Chieh mengikut Sosma walaupun berkali-kali didesak ahli Parlimen pembangkang semasa sesi penggulungan Bajet 2016. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015.

Putrajaya hari ini enggan menjawab tindakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang digunakan untuk menahan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nancy Shukry tidak menjawab pertanyaan tersebut walaupun berkali-kali didesak ahli Parlimen pembangkang semasa sesi penggulungan Bajet 2016.

Tindakan Nancy tersebut menimbulkan kekecohan dalam dewan apabila Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam.

Gobind mempertikaikan tindakan Nancy yang enggan menjawab soalan berkaitan dengan Sosma walaupun pada awalnya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyuruh beliau bertanya soalan tersebut kepada Jabatan Perdana Menteri yang mengendalikan hal ehwal undang-undang.

“Semasa awal hari ini tadi, saya bangkitkan bertanya kepada menteri dalam negeri, saya bertanya mengapa ia digunakan kepada orang biasa.

“Tapi Zahid minta JPM jawab soalan saya. Tapi apabila tiba giliran JPM, mereka tidak menjawab. Ini bukan caranya, saya nak ingatkan menteri bahawa 2 orang sedang merana sekarang dalam penjara… ini isu sangat penting,” katanya.

Nancy, menteri memegang portolio undang-undang di bawah JPM.

Semasa dalam sesi penggulungan, Nancy tidak menjawab dua soalan penting yang disoal, iaitu isu Sosma dan pemberhentian bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam isu pemecatan Gani, Mahfuz berkata kerajaan memberikan jawapan mengelirukan sebelum ini apabila memberi alasan penamatan khidmatnya kerana mengalami masalah kesihatan.

“Ini seolah-olah mengelirukan Dewan, kerajaan memberi maklumat yang salah mengatakan pemecatan atas sebab kesihatan tapi semalam kita dengar Gani masih sihat.

“Ini seolah-olah mereka pecat Gani untuk mengelak kes ini diangkat,” kata Mahfuz.

Johari berkata tindakan Nancy tersebut sebagai tidak bijak, kerana sebagai seorang menteri beliau bertanggungjawab untuk memberi jawapan yang ditanya oleh setiap ahli Dewan Rakyat.

“Ini satu tindakan tidak bijak, mengelak jawab soalan.

“Bila tanya soalan, jawapan tidak ada. Sudah tentu saya kecewa,” kata Johari.

Nancy semasa ditemui wartawan di Parlimen berkata pertanyaan tersebut bukan ditujukan kepada unitnya untuk dijawab. – 4 November, 2015.

 


 

Putrajaya mum on use of Sosma against ex-Umno man, lawyer

Putrajaya today refused to answer repeated questions in parliament about the arrests of former Batu Kawan Umno leader Datuk Khairuddin Abu Hassan and his lawyer Matthias Chang under the Security Offences (Special Measures) Act (Sosma) recently.

Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi earlier in the afternoon refused to answer questions about the use of Sosma against the two government critics, saying that he was not a “legal expert” and that the question would be addressed by de facto law minister Datuk Seri Nancy Shukri.

But Nancy when she took the floor refused to touch on the issue while winding up points raised during the budget debate relating to her portfolio, and only spent 15 minutes answering questions.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), who raised the matter in his budget debate and stood up to raise the issue with both ministers, branded the development “extremely disappointing”.

“But you can’t expect anything better from a BN government,” he told reporters at the Parliament lobby today.

Sosma, which was supposed to be used only for terrorists, provides for 28 days detention without trial.

“This gives an impression that they are unable to answer questions,” Gobind said.

“If this is the case, what is the purpose of them coming to Parliament to answer questions?” he added.

Several other opposition lawmakers, including PKR parliamentary whip Datuk Johari Abdul, Kapar MP G. Manivannan, and PAS’s Pokok Sena MP Datuk Mahfuz Omar all said that they had been waiting the entire day to get an answer on the matter.

However, Nancy later insisted that she had answered all questions under her portfolio.

“The Home Ministry had answered (on Sosma). I have answered everything under my portfolio. If people want to be unhappy with my answers, what can I do?” she said when met by reporters outside the Parliament. – November 4, 2015