Presiden Badan Peguam Malaysia Steven Thiru berkata, kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, 25, di Balai Polis Sungai Rengit di Johor pada 3 November, 2014 menunjukkan polis tidak dapat mengawasi diri mereka sendiri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015.
Keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis hanya boleh dikembalikan semula jika tindakan segera diambil bagi memastikan dalang di sebalik kes kematian dalam tahanan dibawa ke muka pengadilan, kata Badan Peguam Malaysia, hari ini.
Presidennya Steven Thiru berkata, kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, 25, di Balai Polis Sungai Rengit di Johor pada 3 November, 2014 menunjukkan polis tidak dapat mengawasi diri mereka sendiri.
“Keyakinan awam hanya boleh dikembalikan semula, dan keadilan dilihat dilaksanakan, jika tindakan segera diambil bagi memastikan pelakunya dibawa ke muka pengadilan dan didakwa sehingga ke tahap undang-undang sepenuhnya,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Read more