Putrajaya dijangka akan membentangkan di Parlimen cadangan pindaan undang-undang bagi memansuhkan hukuman mati mandatori atas salah laku membabitkan dadah ketika sidang Dewan Rakyat pada Mac tahun hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukry.
Katanya, keputusan itu diambil selepas persetujuan daripada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
“Saya sudah bincang dengan AG (peguam negara) dan beliau bersetuju.
“Saya harap ia boleh dibentangkan dalam sidang tahun depan pada Mac,” kata Nancy pada sidang media di lobi Parlimen selepas mesyuarat Parliamentary for Global Action (PGA) berkenaan “Parliamentary Rountable on the Abolition of the Death Penalty in Malaysia”. Read more