Sumber: Gerakan Hapus Akta Hasutan, melalui SUARAM
Sejak beberapa bulan yang lalu, terdapat peningkatan yang membimbangkan dalam siasatan dan pendakwaan di bawah Akta Hasutan 1948, yang mana sasarannya termasuk wakil-wakil rakyat dan aktivis-aktivis hak asasi manusia yang mempunyai tanggungjawab awam untuk bersuara mengenai perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam.
Sejak 27 Julai 2015, dua orang Ahli Parlimen pembangkang dan lima orang aktivis telah didakwa di bawah undang-undang tersebut. Sejak tahun 2013, terdapat peningkatan sebanyak 1,700 peratus dalam pertuduhan hasutan berbanding tempoh di antara 2007 dan 2012.
Tidak dapat dinafikan bahawa Akta Hasutan juga ditakrifkan secara luas dan ianya terbuka kepada penyalahgunaan. Di bawah Akta Hasutan, hampir apa sahaja yang disuarakan atau diterbitkan yang menjurus kepada perbalahan boleh dianggap sebagai menghasut. Read more