KENYATAAN: Berkenaan keputusan Ketua Polis Negara menyoal-siasat peguam Americk Sidhu

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2015/12/01/kenyataan-berkenaan-keputusan-ketua-polis-negara-menyoal-siasat-peguam-americk-sidhu/
SHARE

KENYATAAN BERTARIKH 1 DISEMBER 2015
BERKENAAN KEPUTUSAN KETUA POLIS NEGARA MENYOALSIASAT AMERICK SIDHU

SIASATAN POLIS MESTI MENCERMINKAN TANGGUNGJAWAB YANG TIDAK BERAT SEBELAH

Americk Sidhu, the lawyer of Charles Morais, is protected by the principle of effective legal representation, says Datuk Ambiga Sreenevasan in hitting out at Inspector-General Tan Sri Khalid Abu Bakar for harassing the lawyer. – The Malaysian Insider file pic, December 1, 2015.

HAKAM mengecam keras keputusan Ketua Polis Negara untuk menyoalsiasat peguam Americk Sidhu berdasarkan surat akuan yang diikrar oleh anak guamnya, Charles Suresh Morais. Keputusan ini merupakan satu pelanggaran prinsip asas “solicitor-client privilege” di mana komunikasi di antara peguam dan anak guamannya adalah dilindungi dan tidak seharusnya didedahkan tanpa kebenaran anak guaman tersebut. Selanjutnya, seruan Ketua Polis Negara yang diiringi dengan kenyataan berunsur fitnah terhadap Americk Sidhu merupakan satu ugutan terhadap seorang peguam yang bertugas melaksanakan tanggungjawab profesionalnya.

Sebagai seorang ahli pasukan polis, agen kerajaan dan sebagai seorang anggota penguatkuasa undang-undang, Ketua Polis Negara mempunyai tanggungjawab positif untuk menghormati dan melindungi martabat manusia serta mempertahankan hak-hak asasi manusia semua insan yang melaksanakan tugas profesionalnya. Tanggungjawab ini adalah termaktub dalam Artikel 2, Kod Etika Pegawai Penguatkuasaan Undang-Undang 1979, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Seorang pegawai penguatkuasaan undang-undang tidak boleh melanggari prinsip asas perwakilan guaman keberkesanan kerana ianya adalah satu hak asasi yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Salah satu aspek penting hak asasi ini adalah konsep komunikasi terlindung. Adalah tidak boleh dinafikan bahawa khidmat guaman undang-undang keberkesanan hanya dapat diberi jikalau konsep komunikasi terlindung adalah dipelihara sesungghnya.  Ini bermakna, setiap pegawai penguatkuasa mempunyai tanggungjawab untuk mempelihara hak asasi khidmat guaman tersebut.

Kerajaan juga mesti memastikan agar peguam-peguam tidak digertak, diugut atau diganggu dalam apa-apa usaha pelaksanaan tugas profesional mereka. Ini adalah wajar untuk memastikan khidmat guaman undang-undang yang diberi oleh peguam kepada anak guamannya tidak diancam dan sebaliknya dilindungi sebagai satu hak asasi.

Tambahan pula, ancaman peribadi terhadap Americk Sidhu dan anak guamnya, (selain daripada kekurangan kepekaan dari pihak Ketua Polis Negara) menimbulkan kebimbangan akan sifat berat sebelah Ketua Polis Negara dalam menyiasat kes ini. Dalam keadaan ini, adalah penting untuk Ketua Polis Negara berundur dari siasatan ini dan membenarkan apa- apa siasatan berkenaan dilaksanakan oleh seorang pegawai polis yang akan bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih. Ini adalah perlu untuk menegakkan ketelusan pihak polis dan untuk memberi jaminan kepada masyarakat umum yang siasatan ke atas dakwaan-dakwaan yang terkandung dalam surat akuan Charles Suresh Morais akan dijalankan secara menyeluruh dan tidak berat sebelah.

 

Dikeluarkan bagi pihak Jawatankuasa Eksekutif HAKAM

Ambiga Sreenevasan
Presiden
HAKAM

 

Artikel-artikel Berkenaan