Putrajaya bentang rang undang-undang MKN, kembalikan kuasa Ordinan Darurat

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2015/12/01/putrajaya-bentang-rang-undang-undang-mkn-kembalikan-kuasa-ordinan-darurat/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

Putrajaya hari ini membentangkan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 di Parlimen, yang dilihat tujuannya hampir sama untuk mengembalikan kuasa di bawah Ordinan Darurat yang dimansuhkan pada 2012.

Majlis itu akan diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi dan turut dianggotai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Majlis itu juga diberikan kuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai “kawasan keselamatan” jika dilihat ia menerima ancaman.

Di dalam kawasan keselamatan itu, pasukan keselamatan termasuk tentera dan polis dibenarkan menahan tanpa sebarang waran mana-mana individu yang dilihat mendatangkan ancaman.

Rang undang-undang itu dibacakan kali pertama hari ini di Dewan Rakyat. – 1 Disember, 2015.