Lebih 1,000 nelayan berkumpul di pinggir laut di Sungai Batu, Teluk Kumbar bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ke atas penambakan yang dicadangkan kerajaan Pulau Pinang untuk membina pulau buatan manusia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Looi Sue-Chern, 13 Disember, 2015.
Idea Kerajaan Pulau Pinang membina pulau buatan manusia di selatan pulau itu berjumlah RM27 bilion untuk Projek Penang Transport Master (PTMP) tidak mendapat sokongan daripada nelayan kawasan tersebut.
Projek yang dicadangkan menyaksikan bantahan 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, seorang Adun DAP dan Adun Barisan Nasional (BN) turut dibantah lebih 1,000 nelayan.
Berkumpul di pinggir laut di Sungai Batu, Teluk Kumbar, nelayan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ke atas penambakan yang dicadangkan.
Mereka mewakili 14 komuniti nelayan, yang mempunyai hampir 3,000 ahli beroperasi dari Permatang Damar Laut ke Sungai Pinang di Balik Pulau.
“Tiada siapa yang bertanya kepada kita apa yang kita rasa, walaupun ini mempunyai kaitan dengan kehidupan kami,” kata Datuk Chooi Sooi Kong, 70, Pengerusi Unit nelayan Gertak Sanggul mewakili kira-kira 400 nelayan dan anak-anak kapal. Read more