51% Badan Peguam Malaysia terdiri oleh peguam wanita, jadi kenapa mereka tidak bersuara? – Animah Kosai

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2015/12/13/51-badan-peguam-malaysia-terdiri-oleh-peguam-wanita-jadi-kenapa-mereka-tidak-bersuara-animah-kosai/
SHARE

Terbitan HAKAM sempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2015
#HAKAM-MMO Human Rights Day 2015 project

51%! ADAKAH INI MEMBOLEHKAN PERSAINGAN YANG ADIL?

Karangan ANIMAH KOSAI

Photograph: Stephen Hird/Reuters

Photograph: Stephen Hird/Reuters

Pada 2014, Persatuan Peguam Wanita (“the Association of Women Lawyers (AWL)” dengan usahasama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) telah mengendalikan satu kaji selidik bertajuk “51%! Is it a Level Playing Field?” (“51%! Adakah ini membolehkan Persaingan yang Adil?”)

51% Badan Peguam Malaysia terdiri oleh peguam wanita. Baguslah. Akan tetapi, seperti dalam bidang korporat antarabangsa, wanita merana di rangka bawahan. Peguam wanita membentuk 68% rangka bawah bidang undang-undang (tidak termasuk rakan kongsi firma guaman undang-undang). Sejauh mana 68% ini bertungkus lumus menjadi rakan kongsi firma guaman undang-undang? 42%. Dan hanya 25% perunding pakar undang-undang (iaitu peguam berpengamalan dan hakim) adalah wanita.

Adakah terdapatnya siling kaca (“glass ceiling”) dalam profesion yang bertugas menegakkan kesaksamaan dan keadilan?

Badan Peguam Perancis telah kehilangan bintang berbakat besar apabila Ketua International Monetary Fund (IMF) Christine Lagarde dihalang daripada menjadi rakan kongsi firma guaman undang-undang di mana beliau mengamal semata-mata kerana beliau seorang wanita. Lagarde langsung tidak tergamak untuk meninggalkan firma itu dan seterusnya menjadi Pengerusi Baker McKenzie, salah satu firma guaman undang-undang yang terbesar di dunia. Maklumlah, anda mengetahui apa yang berlaku seterusnya.

Adakah kami juga kehilangan bintang-bintang berbakat?

Dari tahun 2003 ke 2013 peguam wanita membentuk hanya 17% Exco Majlis Peguam Malaysia. Pada tempoh yang sama, peguam wanita membentuk hanya 19% Exco Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur (saya berkhidmat dalam Jawatankuasa ini sejenak sebelum menamatkan amalan sebagai peguam pada tahun 2003), manakala peratus peguam wanita dalam Exco Jawatankuasa Peguam Selangor dikira 35%. Kedua-dua Jawatankuasa Peguam negeri ini belum pernah dipimpin oleh Presiden wanita, manakala hanya 2 daripada 27 bekas dan penyandang Presiden Majlis Peguam Malaysia adalah seorang wanita – yang mana bekas Presiden wanita terakhir adalah Dato’ Ambiga Sreenevasan.

 

Gaji lebih rendah daripada lelaki

Kenapa peratusan peguam wanita tidak meningkat dalam profesion ini? Adakah ini kerana pada hakikatnya di peringkat kemasukan, 80% peguam wanita mendapat gajian di bawah RM35,000 setahun berbanding dengan 60% peguam lelaki? Di peringkat gaji yang lebih tinggi pula, walaupun penraihan gajian di antara jantina adalah lebih seimbang, akan tetapi ianya tidak jelas sama ada kedua-dua jantina mengambil jumlah masa yang sama untuk mencapai andaikata RM200,000 setahun.

 

Tidak Ramai Mentor Wanita

Mungkin kerana tiada ramai peguam kanan wanita maka terdapatnya kurang mentor peguam wanita – sebanyak 65% daripada kesemua mentor adalah lelaki (mentor-mentor utama saya pun lelaki). Sheryl Sandberg dalam bukunya “Lean In” menekan kepada kepentingan mentor dan penaja terhadap kejayaan dalam kerjaya. Jika wanita hanya bekerja keras tetapi tidak mempunyai sesiapa untuk memperlihatkan dan membawa perhatian kepada kerja baik ataupun bakat mereka, maka mereka akan tetap tersembunyi di sebalik timbunan dokumen mereka.

Dua tahun lalu, jabatan kerja saya menerima dua orang peguam pinjaman wanita (“secondees”) daripada firma-firma guaman undang-undang selama 6 bulan. Pada masa itu, kami terhumban dengan kerja berlebihan. Kedua-dua peguam tersebut berasal daripada firma guaman undang-undang yang baik di mana kerja mereka terhad kepada fail-fail tertentu dan mereka diperkenalkan kepada anak-anak guaman secara beransur-ansur. Manakala pendekatan kami amat berbeza – kami memperkenalkan mereka kepada kesemua kerja dan anak-anak guaman dari hari pertama. Saya berasa bangga melihat keyakinan mereka berkembang kerana mereka sedar yang rakan-rakan sekerja saya, terutamanya rakan sekerja lelaki yang lebih tua daripada mereka, memandang serius terhadap serta mengambil nasihat mereka. Malah melalui maklumbalas yang diterima selanjutnya, ternyata mereka berdua lebih yakin dan tegas apabila kedua-dua wanita kembali bertugas dengan firma-firma guaman undang-undang asal mereka.

Banyak firma guaman undang-undang tidak cukup merangsangkan peguam muda bijaksana mereka. Beberapa minggu lalu saya berbual dengan salah satu daripada anak-anak murid peguam saya (“lawyer coachee”). Dia meluahkan rasa gembira yang rakan kongsi firmanya mempercayai kebolehannya dengan memberikannya lebih kebebasan dalam mengendalikan kerjanya. “Saya telah lama menunggu,” katanya. “Adakah kamu tidak bertanya kepada rakan kongsi firma anda lebih awal lagi?” saya bertanya.

Dia terkejut – dia belum pernah fikirkan tentang soalan saya. Saya selanjutnya mengingatkan dia – majikan jarang adanya masa untuk fikir bagaimana untuk membentuk kerjaya pekerja-pekerja mereka. Jika anda mengambil inisiatif untuk memberi pesanan tentang pembentukkan kerjaya anda, sudah tentu majikan anda akan teringatkan pesanan anda dan bertindak sewajarnya.

 

Kerjaya dan Keluarga

46% peguam wanita dalam kaji selidik AWL (berbanding dengan 23% peguam lelaki) mengaku bahawa keputusan untuk beranak membawa kesan besar kepada kerjaya mereka. A number of the well know men lawyers to were married to homemakers. Apa yang menarik ialah satu pertiga daripada responden peguam lelaki yang telah berumahtangga dalam kaji selidik itu telah berkahwin dengan suri rumah berbanding dengan 93% daripada responden peguam wanita mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang bekerja sepenuh masa. Beberapa peguam lelaki terkenal juga mempunyai pasangan suri rumahtangga. Dan jawapan kepada soalan mudah, “Apabila anak anda jatuh sakit, pasangan mana yang mengambil cuti untuk melayani anak yang sakit itu?” lebih kerap kali adalah “Ibu mereka”.

Jadi, walaupun profesion undang-undang menekan kepada kesaksamaan kepada semua, namun kesaksamaan di dalam profesion ini pula ternampaknya ketinggalan di pintu depan.

Adalah tidak menghairankan bahawa 6 daripada 11 responden yang merasakan mereka telah terlepas peluang untuk dinaikkan pangkat akibat tanggungjawab mereka untuk menguruskan hal-ehwal keluarga mereka.

 

Sudah Tentu Wujudnya Gangguan Seksual

Marilah kita tampil kepada bahagian kaji selidik yang paling menarik. Sebanyak 31% responden menyatakan bahawa mereka telah menerima pelawaan berunsur seksual, menghadapi isu-isu gender atau diskriminasi jantina di tempat kerja. Ini termasuk kenyataan tidak senonoh (gangguan lisan) seperti komen pada bahagian fizikal badan, dipanggil “darling” atau “baby” dalam suasana profesional, jenaka kotor dan bahasa kesat seperti “screw” di hadapan mereka.

Beberapa responden juga berkongsi kejadian-kejadian di mana anak-anak guaman cuba untuk mengambil kesempatan fizikal, sentuhan yang tidak diingini seperti memegang tangan, duduk di peha mereka dan cuba mencium mereka. Terdapat juga jemputan tidak senonoh di mana anak-anak guaman akan meminta mereka keluar atas alasan untuk membincang tentang fail mereka, atau mereka diminta untuk tinggal lewat oleh rakan-rakan sekerja kanan, ditawarkan untuk pergi bercuti percuma dengan anak guaman, dan sebagainya.

Saya pernah mengalami ketiga-tiga kejadian yang tersebut semasa menjadi peguam dan saya meminta rakan kongsi kanan lelaki untuk campur tangan ataupun saya menceritakan kejadian semacam kepada rakan sekerja wanita. Saya tidak tahu sama ada saya sebenarnya dapat melakukan apa-apa untuk menangani kejadian yang tidak diingini seperti ini. Pada masa itu tiada apa-apa mekanisma untuk menangani gangguan seksual.

Badan Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur kini mempunyai polisi berkenaan gangguan seksual serta mekanisma laporan. Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur telahpun menerima-pakai Kod Amalan Kementerian Sumber Manusia bagi Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja, serta menjalankan kempen kesedaran. Walaubagaimanapun, firma-firma guaman undang-undang hanya digalakkan mengambil inisiatif dan tidak dipaksa mencontohi tindakan Badan Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur. Situasi ini memang menghairankan sedangkan Akta Kerja kini mewajarkan tindakan diambil terhadap gangguan seksual di tempat kerja. Akan tetapi, hanya Akta Kerja terpakai ke atas pekerja sedangkan majikan dan anak-anak guaman bukanlah pekerja. Walaubagaimanapun, para peguam yang penah mengalami insiden gangguan seksual boleh melaporkan insiden kepada Jawatankuasa Peguam negeri masing-masing.

 

Dalam satu Profesion yang Menegakkan Keadilan pun wujudnya Berat Sebelah kerana Jantina?

Kaji selidik AWL menunjukkan yang dalam profession guaman undang-undang wujudnya tingkah laku berat sebelah yang memihak kepada peguam lelaki. Contohnya, peguam lelaki diberi lebih peluang perkerjaan serta kes-kes yang lebih besar dan lebih banyak fail diberikan oleh majikan kepada peguam lelaki. Alasan yang diberikan adalah “pelanggan lebih suka peguam lelaki”, “peguam lelaki lebih yakin dan agresif”, “peguam wanita tidak mampu dan membawa tahap yang lebih rendah amanah” dan peguam lelaki boleh “network” dengan lebih baik kerana mereka boleh “minum dan bersosial dengan lebih bebas”. Namun, terdapat beberapa sifat berat sebelah yang dilihat memihak kepada peguam wanita yang mana mereka dianggap oleh majikan sebagai lebih teliti dan mempunyai lebih fleksibiliti di tempat kerja.

Melalui mana-mana kajian ataupun tulisan tentang perbezaan gender di tempat kerja, anda akan mendapat tahu yang perbezaan gender bukanlah unik kepada profesion guaman undang-undang di Malaysia. Komen-komen ini didapati di seluruh dunia dan terasa di dalam beberapa industri. Malah ia menunjukkan bahawa peguam wanita Malaysia menghadapi situasi berat sebelah yang sama seperti wanita di merata dunia. Sebab-sebab yang sama diberi untuk menjawab mengapa hanya 7% ahli lembaga syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia (PLC) adalah wanita. Pengerusi kepada satu syarikat PLC dipetik berkata, “di mana untuk mencari wanita? Mereka tidak bermain golf atau menyanyi karaoke.”

Kita harus dan perlu mengubah dominasi “kelab lelaki” (“old boys club”) di dalam semua profesion, walaupun secara beransur-ansur.

 

Ibu-Ibu Berkerjaya

Kaji selidik AWL juga memetik kata seorang peguam wanita: “Peguam wanita yang mengambil beberapa bulan cuti bersalin tidak mendapat ganjaran yang sama dengan rakan-rakan sekerja lelaki mereka, seperti tidak mendapat bonus atau kenaikan gaji, walaupun mereka telah bekerja secara produktif sepanjang bulan apabila mereka tidak bercuti “.

Keperluan untuk berkerja lebih masa serta senantiasa bersedia untuk mengendalikan urusan kes anak guaman merupakan beban yang amat berat bagi peguam wanita yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Adalah mustahil bagi sesiapapun untuk mencapai kesempurnaan dari segi kerjaya dan keluarga. Hakikatnya, seperti saya, ramai peguam wanita meninggalkan profesion ini apabila tiba masa untuk memulakan keluarga.

Kaji selidik ini telah memberi kesedaran kepada peguam dan adalah permulaan yang baik untuk meneliti statistik jantina dalam profesion ini. Ia telah dilancarkan pada Julai 2014 dan boleh diakses di laman web Badan Peguam Malaysia. Ia membuat beberapa cadangan untuk menangani keadaan, terutamanya berkenaan dengan gangguan seksual, sokongan penjagaan anak-anak dan kerja waktu fleksi (“flexi hours”).

Yang paling penting ialah kaji selidik AWL ini memberi peluang bersuara kepada majoriti peguam wanita yang tidak tergamak untuk bersuara bagi pihak anak-anak guaman mereka tetapi tidak bagi pihak diri mereka sendiri. Sudah tiba masa peguam wanita menyertai wanita bekerjaya yang lain untuk membenteras seksisme dan mengurangkan jurang ketidaksamaan gender.

*Animah Kosai ialah Ahli Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia – HAKAM, dan Pengasas Surya Women, satu kolektif diketuai oleh sekumpulan wanita yang diilhami oleh etos “lean-in” Sheryl Sandberg, Surya Women berusaha sedaya upaya meningkatkan keyakinan wanita agar mengambil tanggungjawab dan memperkukuhkan kehidupan mereka serta dunia di sekeliling mereka.

>>Artikel versi Bahasa Inggeris MMO