Mahkamah tolak pindah kes Azmi Sharom ke Mahkamah Tinggi

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2015/12/16/mahkamah-tolak-pindah-kes-azmi-sharom-ke-mahkamah-tinggi/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini menolak permohonan profesor undang-undang Dr Azmi Sharom untuk memindahkan perbicaraan kes hasutannya ke Mahkamah Tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini menolak permohonan profesor undang-undang Dr Azmi Sharom untuk memindahkan perbicaraan kes hasutannya ke Mahkamah Tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Amernuddin Ahmad pagi ini menolak permohonan profesor undang-undang Dr Azmi Sharom untuk memindahkan perbicaraan kes hasutannya ke Mahkamah Tinggi.

Amernuddin berpandangan Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa mendengar kes itu dan perbicaraan akan bermula esok jam 2.30 petang.

Pada 2 September tahun lepas, Azmi seorang pensyarah Universiti Malaya didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan berhubung komen beliau dalam satu artikel bertajuk “Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told” yang disiarkan sebuah portal berita.

Jika sabit kesalahan di bawah mana-mana satu dakwaan, beliau akan menghadapi hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya.

Semalam, peguam Azmi, Gobind Singh Deo memfailkan permohonan agar kes Sharom, yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen di bawah Akta Hasutan 1948, didengar di Mahkamah Tinggi.

Gobind berkata, kes Azmi semalam yang diputuskan Mahkamah Persekutuan pada 6 Oktober, 2015 sebagai selaras dengan Perlembagaan, akan mempunyai percanggahan dengan satu lagi kes di bawah akta sama iaitu kes Melan Abdullah melawan pendakwa raya.

Katanya, kes itu perlu diserahkan kepada mahkamah tinggi kerana akan timbul kesukaran dalam persoalan undang-undang sewaktu perbicaraan kerana hakim perlu membuat keputusan di antara 2 penghakiman yang bercanggah.

Bercakap kepada wartawan di luar mahkamah, Gobind berkata, pihaknya memohon kes ditangguhkan ke hari esok bagi berhujah tentang impak Seksyen 3 (3) Akta Hasutan terhadap perbicaraan ini.

“Kami perlu mengetahui impak keputusan (kes) Azmi (di Mahkamah Persekutuan) ke atas seksyen 3 (3) akta ini bagi membolehkan kami menghujahkan kes kami.

“Saya sekarang minta beliau (hakim) memutuskan perkara ini terlebih dulu,” kata Gobind.

Mahkamah Persekutuan pada 6 Oktober lalu menolak cabaran Azmi terhadap kesahihan Akta Hasutan di sisi Perlembagaan.

Penolakan itu memberi kesan kepada lebih 30 kes hasutan lain melibatkan aktivis dan pemimpin politik dan sekali gus menyebabkan kes Azmi didengar di Mahkamah Sesyen sekarang. – 16 Disember, 2015.

 

Pautan Artikel Bahasa Inggeris