Salahkah buat salinan fotokopi buku teks di bawah TPPA?

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2015/12/16/salahkah-buat-salinan-fotokopi-buku-teks-di-bawah-tppa/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

Putrajaya digesa beri penerangan lanjut mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di Malaysia, berhubung salinan fotokopi bahan bacaan yang melanggar hak cipta. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 16 Disember, 2015.

Putrajaya digesa beri penerangan lanjut mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di Malaysia, berhubung salinan fotokopi bahan bacaan yang melanggar hak cipta. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 16 Disember, 2015.

Ketika gesaan dibuat supaya Putrajaya menerangkan dengan lebih baik kesan daripada perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di Malaysia, pelajar Fatin Amalina bimbang terpaksa berbelanja lebih untuk buku teks jika dia tidak lagi boleh membuat salinan fotokopi bahan bacaan kerana pelanggaran hak cipta.

Ketika ini pun, dia sememangnya bergantung kepada salinan fotokopi buku teks dan membelanjakan lebih RM350 satu semester.

Pelajar sarjana di sebuah universiti awam itu berkata dia tidak mampu membeli buku teks baharu untuk setiap mata pelajaran kerana harganya lebih RM300 setiap satu.

Sebaliknya, buku salinan fotokopi, menjimatkan kos perbelanjaan keseluruhan buku teksnya lebih 70%.

Putrajaya digesa beri penerangan lanjut mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di Malaysia, berhubung salinan fotokopi bahan bacaan yang melanggar hak cipta. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 16 Disember, 2015.

Will the Trans-Pacific Partnership require university students to buy textbooks instead of photocopying them, even for personal use? The language of the trade pact suggests such enforcement will be in place, according to an opposition lawmaker. – The Malaysian Insider file pic, December 16, 2015.

“Saya hanya membeli satu buku teks yang berharga sekitar RM140. Yang lain saya hanya mampu membuat salinan kerana ia terlalu mahal,” katanya sambil menambah, dia tidak mempunyai pendapatan kerana belajar sepenuh masa.

Malah, beberapa pensyarah di universitinya juga menasihatkan pelajar tidak membeli buku teks baharu dan sebaliknya hanya membuat salinan, kata Fatin.

Tidak pasti bagaimana TPP akan memberi kesan kepada pelajar, Fatin berkata dia merasakan ia akan menjadi beban yang pasti jika perjanjian dalam bab hak harta intelektual dikuatkuasakan ke atas perbuatan membuat salinan buku, termasuk untuk kegunaan peribadi.

Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj juga menggesa bab itu dijelaskan lebih lanjut, bagaimana ia akan memberi kesan kepada Malaysia, khususnya dalam sektor pendidikan.

Kelihatan daripada teks perjanjian itu, undang-undang hak cipta lebih ketat akan diwujudkan, yang akan memberi kesan kepada pelajar dan pendidik yang bergantung kepada bahan salinan fotokopi dalam pembelajaran dan pengajaran, katanya.

“Sebaik saja kita menandatangani TPP itu, ia akan mengambil masa kira-kira 2 tahun untuk mengubah undang-undang dan selepas itu anda tidak lagi boleh membuat salinan; anda perlu sama ada beli buku atau beli hak itu,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara.

Katanya, teks TPP dalam bab harta intelek juga kelihatan memasukkan hukuman penjara sebagai penalti berdasarkan Perkara 18.77 (6)(a) yang menyatakan:”Setiap pihak hendaklah mengenakan penalti termasuk hukuman penjara serta denda kewangan cukup tinggi untuk mencegah berlakunya pelanggaran pada masa depan”.

Bab ini juga menyatakan, setiap pihak hendaklah menyediakan prosedur jenayah dan hukuman dalam kes cetak rompak secara sengaja.

Jeyakumar berkata, undang-undang hak cipta mengikut TPP juga akan meliputi kandungan Internet dan memberi kesan kepada pengguna yang memuat turun lagu dan filem secara haram.

Katanya, peraturan baru di bawah TPP itu juga mungkin mengehadkan akses pelajar kepada kertas kerja akademik dan penyelidikan dalam talian, kerana banyak laman web kini mengenakan yuran pendaftaran sebelum jurnal dalam talian boleh diakses.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Muhammad Wafiuddin Rosli berkata, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri perlu menjelaskan sama ada pelanggaran hak cipta bukan komersial akan dianggap sebagai kesalahan jenayah.

Beliau juga minta dijelaskan jika hukuman penjara benar-benar menanti pelajar dan pensyarah yang membuat salinan fotokopi bahan bacaan.

“(Ini akan menjadikan) bahan pendidikan lebih mahal,” kata Wafiuddin.

Jeyakumar juga mempersoalkan sama ada kerajaan akan dapat menguatkuasakan undang-undang tersebut, serta merampas mesin fotokopi dan memerintahkan pemusnahan bahan yang disalin.

“Saya tidak fikir kerajaan kita benar-benar memahami perjanjian itu. Mereka mungkin faham sedikit tetapi tidak semua bab,” katanya mengaitkan kesukaran itu dengan bahasa undang-undang khusus yang digunakan dalam perjanjian itu.

Malah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sendiri kelihatan tidak jelas mengenainya apabila ia mengatakan sudah ada undang-undang yang melarang pelanggaran hak cipta tetapi hanya melibatkan perdagangan, bukan kegunaan peribadi.

“Saya tidak benar-benar pasti kandungan TPP.

“Tetapi saya tidak melihat sebarang masalah kerana ketika ini pun, fotokopi buku teks atau buku lain dan memuat turun filem atau lagu secara percuma menjadi kesalahan jenayah di bawah Akta Hak Cipta 1987, jika ia bukan untuk tujuan peribadi dan mempunyai unsur perdagangan,” kata Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayuddin kepada The Malaysian Insider.

Kementerian tidak akan mempunyai masalah menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat kerana ia ketika ini pun sudah mengambil tindakan terhadap pelanggaran, katanya ketika ditanya mengenai penguatkuasaan.

Tetapi ini tidak menjawab soalan Fatin tentang kesan sebenar perjanjian itu, sama ada membayar RM40 untuk 1 salinan buku teks yang berharga RM150 akan menyebabkan dia dikenakan tindakan undang-undang atau tidak. – 16 Disember, 2015.

 

Pautan Artikel Bahasa Inggeris