Perbicaraan kes hasutan Azmi Sharom tangguh 8 Januari

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2015/12/17/perbicaraan-kes-hasutan-azmi-sharom-tangguh-8-januari/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

Kes profesor undang-undang Azmi Sharom ditangguhkan ke tahun depan kerana peguamnya Gobind Singh Deo, mempunyai urusan di mahkamah lain di Putrajaya hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Disember, 2015.

Kes profesor undang-undang Azmi Sharom ditangguhkan ke tahun depan kerana peguamnya Gobind Singh Deo, mempunyai urusan di mahkamah lain di Putrajaya hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Disember, 2015.

Prosiding perbicaraan kes profesor undang-undang Dr Azmi Sharom di bawah Akta Hasutan 1948 ditangguhkan ke 8 Januari tahun depan.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Amernuddin Ahmad membenarkan penangguhan itu hari ini, susulan permohonan dibuat peguam Azmi, Joanne Chua.

Chua memohon kes itu ditangguhkan kerana peguam Azmi yang mengendalikan kes itu, Gobind Singh Deo, mempunyai urusan di mahkamah lain di Putrajaya hari ini.

Semalam, Amernuddin menolak permohonan Gobind pada Selasa, supaya perbicaraan kes hasutannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Gobind sebelum ini berkata, kes Azmi yang diputuskan Mahkamah Persekutuan pada 6 Oktober, 2015 sebagai selaras dengan Perlembagaan, akan mempunyai percanggahan dengan satu lagi kes di bawah akta sama iaitu kes Melan Abdullah melawan pendakwa raya.

Katanya, kes itu perlu diserahkan kepada mahkamah tinggi kerana akan timbul kesukaran dalam persoalan undang-undang sewaktu perbicaraan kerana hakim perlu membuat keputusan di antara 2 penghakiman yang bercanggah.

Pada 2 September tahun lepas, pensyarah Universiti Malaya itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan berhubung komen beliau dalam satu artikel bertajuk “Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told” yang disiarkan sebuah portal berita.

Jika sabit kesalahan di bawah mana-mana satu dakwaan, beliau akan menghadapi hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya. – 17 Disember, 2015.

 

Pautan Artikel Bahasa Inggeris