Dewan Negara luluskan RUU Majlis Keselamatan Negara

Sumber: The Malaysian Insider

Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara tanpa pindaan walaupun digesa untuk tidak membuat demikian. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 22 Disember, 2015.

Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) tanpa pindaan yang dikritik kerana memberi kuasa penuh kepada perdana menteri.

Dengan undian majoriti menyokong, rang undang- undang itu‎ memberikan kuasa kepada anggota MKN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengarahkan penahanan mana-mana individu tanpa waran apabila sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika penggulungan bacaan RUU itu berkata, kerajaan bersedia menerima kritikan orang ramai yang memberi pandangan secara tafsiran dan ilmiah dan ianya wajar dibetulkan.

“Setelah ambil kira saya memberi pengakuan kerajaan akan mempertimbangkan sebaik- baiknya.

“Sekiranya ada kelemahan kerajaan akan kemukakan pindaan akta ini dalam sesi Parlimen akan datang,” katanya Shahidan ketika menggulung RUU MKN di Dewan Negara hari ini. Read more