Polis tahan aktivis PSM mengikut Akta Hasutan

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2015/12/28/polis-tahan-aktivis-psm-mengikut-akta-hasutan/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

Setiausaha Agung PSM Sivarajan Arumugam berkata, Khairul Nizam Abd Ghani sepatutnya hadir di Ibu Pejabat Daerah Dang Wang (IPD) untuk memberi keterangan bagaimanapun pihak berkuasa memaklumkan akan menahan aktivis tersebut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 28 Disember, 2015.

Polis menahan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khairul Nizam Abd Ghani mengikut Akta Hasutan di Kuala Lumpur hari ini.

Setiausaha Agung PSM Sivarajan Arumugam berkata, Khairul sepatutnya hadir di Ibu Pejabat Daerah Dang Wang (IPD) untuk memberi keterangan bagaimanapun pihak berkuasa memaklumkan akan menahan aktivis tersebut.

Menurut Sivarajan, apa yang mengelirukan polis hanya memaklumkan menahan Khairul di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia tetapi tidak menyatakan di atas kesalahan apa.

“Kita tidak diberitahu atas kesalahan apa dan siasatan yang dijalankan ke atas Khairul.

“Pada mulanya kami (Khairul) diserbu oleh polis ketika menghadiri forum di Kuala Terengganu, untuk membawa Khairul.

“Namun setelah rundingan dilakukan polis akhirnya bersetuju untuk Khairul sendiri secara sukarela hadir di Bukit Aman sebelum ditukar di IPD Dang Wangi hari ini,” katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini.

Khairul Nizam Abd Ghani (second right) with his friends at the Dang Wangi police station, Kuala Lumpur today. Khairul has been detained under the Sedition Act and Communications and Multimedia Act. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, December 28, 2015.

The Malaysian Insider difahamkan Khairul ditahan polis kemungkinan kerana kritikannya terhadap Institusi DiRaja Johor yang dilakukannya di laman Facebook berhubung penahanan seorang lagi aktivis, PSM Khalid Ismath.

Menurut Sivarajan, polis juga dilihat tidak menggunakan proses sewajarnya dengan menahan reman Khairul.

“Sepatutnya mengikut proses Khairul hanya hadir untuk disoal siasat sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam, namun sebaliknya berlaku, polis memberitahu akan terus menahan reman Khairul,” katanya.

Sivarajan berkata, ketika ini PSM bersama peguam Khairul akan menunggu tempoh 24 jam untuk aktivis itu dilepaskan atau berkemungkinan polis akan terus menambah jumlah reman di mahkamah.

Khairul menjadi ahli jawatankuasa pusat PSM sejak Jun tahun ini merupakan aktivis yang memperjuangkan isu royalti minyak di Kelantan melalui badan bukan kerajaan (NGO) Royalti Kelantan.

Ini bukan pertama kali Khairul ditahan kerana sepanjang tempoh penglibatan sebagai aktivis beliau berdepan dengan 5 tangkapan kerana memperjuangkan isu royalti minyak Kelantan. – 28 Disember, 2015.

 

Pautan Artikel Bahasa Inggeris