
Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel berkata isu melibatkan ‘derma’ RM2.6 bilion yang masih belum selesai akan terus memberi kesan terhadap ekonomi dan keyakinan pelabur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2016.
Siasatan terhadap sumbangan politik RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd perlu dilengkapkan bagi menghalang kemelesetan ekonomi lebih teruk, kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) hari ini.
Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel berkata negara ketika ini sudah pun bergelut dengan masalah kejatuhan harga minyak dan terpaksa mengubahsuai Bajet 2016.
Ini ditambah pula dengan pengurus dana Amerika Syarikat yang diberitakan membuat saranan kepada pelabur agar menarik diri dari Malaysia kerana “rasuah berleluasa” di negara ini. Read more