Antara undang-undang yang perlu diselaraskan dengan TPPA ialah mengenai hak harta intelek dan beberapa pekeliling berkaitan perolehan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Januari, 2016.
Sebanyak 26 undang-undang dan peraturan berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang melibatkan negeri dan persekutuan perlu dipinda dalam tempoh 2 tahun, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Bagaimanapun, menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu menjelaskan proses pelaksanaan pindaan terhadap undang-undang tersebut hanya boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan pada sesi perbahasan TPPA di Dewan Rakyat pada 26 dan 27 Januari ini, dan di Dewan Negara pada hari berikutnya.
Bercakap kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai TPPA kepada penjawat awam hari ini, beliau menjelaskan, antara pindaan itu turut melibatkan hak pekerja asing.
Namun, tegasnya, ia tidak memberi hak yang sama antara pekerja asing dengan pekerja tempatan. Read more