Bukan masa tepat untuk tubuh majlis perundingan, kata kumpulan sivil

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2016/02/01/bukan-masa-tepat-untuk-tubuh-majlis-perundingan-kata-kumpulan-sivil/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

Penubuhan Jawatankuasa Perundingan ke-2 (NCC2) sekarang bukanlah masa yang terbaik, kata kumpulan sivil dan turut menyuarakan kebimbangan berkenaan pelaksananya dalam situasi terkini.

Pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Abdullah berkata walaupun beliau mengalu-alukan cadangan Datuk Seri Nazir Razak itu, tetapi sekarang bukan masanya dan majlis berkenaan hanya akan mengekalkan status quo dengan penambahbaikan yang sedikit.

Bekas ketua di Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu berkata demikian susulan gesaan Nazir berhubung penubuhan NCC2 bagi memperbaiki masalah moral dan struktur negara.

Pengerusi kumpulan CIMB itu dalam posting di laman Instagram miliknya pada Sabtu menyuarakan rasa khuatir terhadap masa depan negara, dan mengaitkannya seperti drama popular Amerika Syarikat (AS) “Games of Throne”.

“Saya faham niat Nazir baik. Tapi Najib ialah perdana menteri yang mengalami defisit kepercayaan. Persoalannya siapa yang mahu menyertai jawatankuasa itu?

“Jadi, ia idea yang baik tetapi masanya silap kerana kedudukan Najib sekarang,” kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

“Sekarang kita memikirkan kerajaan baharu dengan perubahan sebenar…perubahan dalam konfigurasi politik, termasuk budaya dan institusi.”

Nazir, yang merupakan adik Najib ketika membuat gesaan sama di Kuala Lumpur pada Oktober lalu berkata, NCC perlu dibentuk untuk masa depan negara.

Walaupun menyambut baik idea NCC2, pemimpin sivil lain membangkitkan isu pelaksanaannya, jika tiada sebarang perubahan berlangsung.

Pengarah Eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) Cynthia Gabriel berkata, keinginan politik diperlukan daripada pemimpin politik bagi membolehkan perubahan berlaku.

“Cabaran sebenarnya ialah kita tidak melihat keinginan itu daripada pemimpin politik. Bergantung kepada kuasa dan berpura-pura kita mampu ke depan tanpa menangani dakwaan rasuah akan menjadi NCC2 tidak efektif.

“Krisis berlarutan sejak sekian lama ini hanya boleh selesai apabila mereka yang terlibat tidak lagi campur tangan dan membiarkan institusi umum menjalankan tugas tanpa rasa takut,” katanya dan menambah NCC2 hanya akan menerima nasib sama seperti NCC sekiranya tiada semangat politik.

Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mempersoalkan bagaimana NCC2 boleh dilaksanakan apabila berlakunya isu penyalahgunaan di dalam negara.

“Saya secara serius merasakan NCC idea yang baik, tetapi ia mempunyai tugasan sukar kerana berdepan dengan perdana menteri.

“Dan selagi kita mempunyai peguam negara yang tidak melihat salah, betul dalam keputusan, amat sukar,” katanya merujuk kepada Tan Sri Apandi Ali yang menggugurkan Najib daripada salah laku berkaitan dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

“NCC adalah perubahan besar, ia membicarakan soal integriti dan tadbir urus baik, atau perdana menteri yang baharu tetapi hanya mengikuti sistem sedia ada,” katanya yang mengharapkan Nazir mendesak pelaksanaan itu.

Penaung NegaraKu, peguam dan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, beliau bersetuju dengan NCC2, dan menambah keseluruhan negara memerlukan perubahan menerusi majlis itu dan cara terbaik melakukannya ialah dengan golongan cerdik pandai yang benar-benar sayangkan negara.

“Malangnya, ia memerlukan kepimpinan yang mengakui kecelaruan yang kita hadapi dan meletakkan kepentingan rakyat melebihi peribadi.

“Kita hanya mampu berdoa, kebaikan akan terserlah. Tetapi, kumpulan menteri hari ini gagal menunjukkan keyakinan mereka mampu untuk meletakkan rakyat sebagai keutamaan,” katanya.

Bagaimanapun, Ambiga berkata beliau percaya akan berlaku pertambahan ahli politik daripada kedua-dua pihak dan kemusnahan itu perlu dihentikan.

“Mereka perlu mencari keberanian untuk melaksanakan apa yang betul untuk rakyat dan negara.

“Institusi kita perlu bangkit dan berkhidmat untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Pengerusi Asli’s Centre of Public Policy Studies Tan Sri Ramon Navaratnam hari ini berkata, situasi semakin serius dan memerlukan respons kerajaan.

Sekiranya NCC2 ditubuhkan, ia memerlukan kata sepakat dan merangkumi semua pihak, dan boleh dipertimbangkan sebagai mengenang jasa tokoh pembinaan negara.

“Amat baik jika kita mempunyai majlis untuk membincangkan semua aspek, bukan saja ekonomi, aspek masa depan negara dan perkauman, pelampau agama, dan semua ini perlu diambil kira kerana ia saling berkait,” katanya. – 1 Februari, 2016.

 

Pautan Artikel Bahasa Inggeris