Pandangan Majlis Raja-raja beri implikasi politik kepada Najib, kata pakar

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2016/02/18/pandangan-majlis-raja-raja-beri-implikasi-politik-kepada-najib-kata-pakar/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari itu berkata, teguran Majlis Raja-raja agar beberapa peruntukan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 diperhalusi bersesuaian dengan peranannya sebagai institusi yang berada di luar kawalan kuasa eksekutif. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2016.

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari itu berkata, teguran Majlis Raja-raja agar beberapa peruntukan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 diperhalusi bersesuaian dengan peranannya sebagai institusi yang berada di luar kawalan kuasa eksekutif. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2016.

Pandangan Majlis Raja-raja Melayu mengenai beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 perlu diperhalusi kerana ia memberi implikasi politik cukup besar yang boleh membawa padah kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Dr Abdul Aziz Bari.

Pakar Perlembagaan itu membuat perbandingan terhadap RUU 1983 yang meminda Perlembagaan Persekutuan dengan melangkaui tugas Yang di-Pertuan Agong dan memberi kuasa kepada perdana menteri untuk mengisytiharkan darurat.

RUU itu diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Beliau berkata, Agong, atas arahan Majlis Raja-raja, menangguhkan persetujuan dan krisis Perlembagaan yang berlaku.

“Hampir sama dengan apa yang berlaku sekarang.

“Nampaknya institusi diraja yang paling berkesan dan di luar kawalan eksekutif,” katanya mengulas kenyataan dikeluarkan Majlis Raja-raja semalam mengenai beberapa peruntukan dalam RUU MKN yang perlu diperhalusi.

Majlis Raja-raja berkata demikian selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi taklimat mengenai RUU itu pada mesyuarat di Istana Negara semalam.

Sultan Selangor yang mempengerusikan mesyuarat itu akan menulis surat kepada perdana menteri mengenai perkara itu, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan.

RUU itu yang diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember dan Dewan Negara pada 22 Disember, memberikan kuasa khas kepada pengarah operasi dan pasukan keselamatan untuk mengawal dan menyelaras operasi keselamatan negara.

Aziz berkata, beliau sudah meminta Dewan Negara supaya menangguhkan untuk meluluskan RUU itu tetapi seperti yang dijangka, mereka tidak berbuat demikian.

“Dan saya tidak fikir kita boleh meletakkan harapan ke atas badan kehakiman untuk mengisytiharkan rang undang-undang itu tidak berperlembagaan,” katanya.

Aziz berkata, memandangkan Najib semakin ditekan, beliau merasakan adalah tidak selamat untuk mengabaikan pandangan Majlis Raja-raja, terutama selepas majlis itu juga mengeluarkan kenyataan keras terhadap 1MDB Oktober lalu.

“Pendek kata apa yang Majlis Raja-raja lakukan pada dasarnya bersifat politik tetapi ia meletakkan Najib di dalam suasana yang mendesak.

“Beliau kini secara efektifnya sudah ‘tersekat’ dan tidak mampu bergerak, undang-undang atau politik, boleh membawa padah kepada beliau,” katanya.

Aziz berkata, Najib mencipta banyak musuh dan partinya, tidak seperti ketika bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berdepan dengan Majlis Raja-raja pada tahun 1983 dan 1993, tidak bersatu di belakangnya.

Beliau berkata, Najib boleh meneruskan hasrat meluluskan RUU tetapi apa akan terjadi jika Yang di-Pertuan Agong memilih untuk menolak perkenannya.

“Satu perkara lagi, peruntukan yang membolehkan undang-undang diluluskan tanpa perkenan Agong yang dimasukkan Dr Mahathir melalui pindaan pada tahun 1994 seolah-olah tidak sah kerana ia tidak dipersetujui Majlis Raja-raja,” katanya.

Malah, beliau berkata Dr Mahathir melakukannya dengan membelakangkan Majlis Raja-raja.

“Dalam erti kata lain, meneruskan kelulusan RUU MKN boleh mencetuskan krisis Perlembagaan. Najib tidak boleh menambah musuh lain kerana lawannya sudah semakin ramai,” katanya.

Aziz juga berkata, untuk menarik balik kelulusan RUU itu, biarpun ia mengikut peruntukan undang-undang, namun tindakan itu adalah salah. – 18 Februari, 2016.

 


Article in English

Rulers’ call to refine security bill has implications for Najib, says law expert

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari itu berkata, teguran Majlis Raja-raja agar beberapa peruntukan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 diperhalusi bersesuaian dengan peranannya sebagai institusi yang berada di luar kawalan kuasa eksekutif. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2016.

Constitutional law expert Dr Abdul Aziz Bari says the Conference of Rulers’ view that some provisions in the NSC Bill 2015 should be refined has wide political implications. – The Malaysian Insider file pic, February 18, 2016.

Constitutional law expert Dr Abdul Aziz Bari says the Conference of Rulers’ view that some provisions in the NSC Bill 2015 should be refined has wide political implications. – The Malaysian Insider file pic, February 18, 2016.

The Conference of Rulers’ view that some provisions in the National Security Council (NSC) Bill 2015 should be refined has wide political implications, which could be fatal for Datuk Seri Najib Razak, constitutional law expert Dr Abdul Aziz Bari said.

He drew a parallel to the 1983 bill to amend the Federal Constitution that sought to by-pass the Yang di-Pertuan Agong and give the power to declare emergency to the prime minister. The bill was passed by both houses.

He said the Agong, perhaps on the instruction of the Conference of Rulers, deferred the assent and a constitutional crisis ensued.

“Almost the same thing is happening now. It appears that it is the royal institution that is most effective and beyond the control of the executive,” he said in a comment on the statement issued by the Conference of Rulers yesterday that some provisions in the NSC Bill should be refined.

The Conference said this after Attorney-General Tan Sri Mohamed Apandi Ali gave a briefing on the NSC Bill at the 240th meeting of the Conference of Rulers at Istana Negara.

The Sultan of Selangor, as chairman of the meeting, will write to the prime minister on the matter, Keeper of the Rulers’ Seal Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad said in a statement.

The bill, which was passed by the Dewan Rakyat on December 3 and the Dewan Negara on December 22, provides special powers to the operations director and security forces to control and coordinate national security operations.

Aziz said he had called on the Dewan Negara to defer approving the bill but as expected, it chose to toe the line.

“And I don’t think we can put any hope on the judiciary to declare the bill unconstitutional.”

Aziz said given the state of siege that Najib was in now, he felt that it was not safe for him to ignore the Rulers, especially after the Conference had also issued a strong statement on state investor 1Malaysia Development Berhad last October.

“In short, what the rulers did was essentially political but it has put Najib in a tight spot.

“He is now effectively being checkmated and any move, legal or political, may be fatal for him.”

Aziz said Najib had created adversaries and his party, unlike when former prime minister Tun Dr Mahathir Mahathir faced the Rulers in 1983 and 1993, was not united behind him.

He said Najib might proceed with the passage of the bill but asked what if the Agong chose to refuse the assent.

“For one thing, the provision, which allows the by-passing of the Agong inserted by Dr Mahathir through an amendment in 1994, seems to be illegal as it was not consented to by the rulers.”

In fact, he said Dr Mahathir made the amendment behind the Rulers’ back.

“In other words. to proceed with the NSC Bill may provoke a constitutional crisis. Najib cannot afford to add another enemy to an already long list of adversaries.”

Aziz also said to withdraw the bill, even though it was legal, was an admission of guilt. – February 18, 2016.