Undang-undang khusus yang mana satu yang digunakan oleh kerajaan untuk menghalang rakyat daripada meninggalkan negara ini?
Ini adalah persoalan asas yang masih belum dijawab, kata peguam Syahredzan Johan.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed semalam bahawa halangan perjalanan tidak akan dikenakan ke atas pengkritik kerajaan, tetapi hanya terhadap mereka yang didakwa melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Dalam satu catatan di Facebook hari ini, Syahredzan ‘penjelasan’ itu masih tidak menjawab persoalan asas – di bawah undang-undang mana yang mereka menghalang rakyat ke luar negara?
Seperti yang dinyatakan oleh ramai pihak, termasuk Presiden Majlis Peguam Steven Thiru, hak untuk ke luar negara adalah hak perlembagaan yang dijamin di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan, katanya.
Ini, katanya, adalah tafsiran undang-undang oleh mahkamah tertinggi dalam kes Lee Kwan Woh lwn PP. Read more