MEMORANDUM: Masyarakat Sivil menuntut ketelusan dan akauntabiliti mengenai 1MDB

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2016/08/04/memorandum-kepada-jpm-masyarakat-sivil-menuntut-ketelusan-dan-akauntabiliti-mengenai-1mdb/
SHARE

pdf

Ahli-ahli Kabinet
Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya, Malaysia

 

4 Ogos 2016

>>Versi Inggeris

MEMORANDUM

Masyarakat Sivil menuntut
ketelusan dan akauntabiliti mengenai 1MDB

 

1. Kami, anggota NGO (badan bukan kerajaan seperti yang disenaraikan di bawah), berasa amat bimbang akan perkembangan terkini mengenai isu 1 Malaysian Development Berhad (1MDB).

2. Permohonan untuk menyita aset yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (US DoJ) dan rampasan aset oleh pihak berkuasa di Switzerland dan Singapura telah mendedahkan magnitud dan skala penyelewengan berperingkat antarabangsa terhadap rakyat Malaysia akibat kemunculan isu 1MDB. Oleh sebab ini, kedudukan, reputasi dan ekonomi Malaysia terjejas teruk. Dengan itu, keyakinan pelabur-pelabur Malaysia dijangka akan semakin berkurangan. Profil Malaysia di persada antarabangsa sekarang dijejas oleh gara-gara sifat tamak beberapa pegawai Malaysia yang telah membawa kepada penyitaan asset yang terbesar dilakukan dibawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi (“Kleptocracy Asset Recovery Initiative“) Amerika Syarikat.

3. Rakyat Malaysia amat terkejut dengan tindakan DoJ apabila pegawai tertinggi yang terlibat dalam kemelut ini tidak dinamakan, tatapi hanya diberikan kod “Malaysian Official 1”. Hal ini lebih menghairankan memandangkan kerajaan Malaysia bersifat bisu walaupun isu ini terbongkar diseluruh dunia. Menteri-menteri yang bertutur mengenai isu ini hanya berniat untuk mempertahankan 1MDB dan individu yang tersabit yang hanya dikenali sebagai “Malaysian Official 1”. Selain itu, sebarang perbincangan berkenaan penyelewengan terbesar dana rakyat tidak dilakukan.

4. Keadaan ini jelas tidak memuaskan dan mesti ditangani dengan segara. Isu kronik ini patut diberi kepentingan dan harus ditangani secara adil, telus dan bertanggungjawab. Skandal 1MDB yang berpanjangan ini telah dan akan terus menjejaskan kebajikan rakyat Malaysia dan mendatangkan ketidakstabilan politik dan ekonomi di Malaysia.

5. Tindakan US DoJ juga mendedahkan betapa buruknya bahawa sistem kawal selia dan sistem keadilan Malaysia yang sehingga kini masih gagal menyelesaikan siasatan 1MDB. Malah sisatan 1MDB telah dijalankan dengan secara rahsia sehingga hari ini.

6. Tindakan US DoJ ini juga menimbulkan beberapa persoalan mengenai siasatan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) yang tidak berjaya dilaksanakan disebabkan kekurangan kerjasama daripada Peguam Negara. Tambahan pula, Peguam Negara telah memberi keputusan yang luar biasa di mana Perdana Menteri dibersihkan daripada segala salah laku dalam kemelut 1MDB walaupun siasatan berkenaan masih belum dilengkapi.

7. Kes US DoJ ini menunjukkan kewujudannya penyelewengan dana rakyat Malaysia secara besar-besaran. Perkataan ‘Malaysian Official 1’ yang diulangi berkali-kali serta hubungan rapat antara individu tersebut dan pihak-pihak berkenaan menunjukkan bahawa keputusan Peguam Negara untuk menutup siasatan adalah amat mencurigakan.

8. Tindakan untuk menyingkirkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, pemindahan pegawai-pegawai MACC, klasifikasi Laporan Ketua Audit Negara di bawah Akta Rahsia Negara (OSA), Jawatankuasa Akaun Parlimen (PAC) yang didirikan secara tergesa-gesa dan pembubaran pasukan petugas khas yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat isu 1MDB merupakan petunjuk campur tangan yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Pelantikan bekas anggota Jabatan Peguam Negara yang telah membersihkan nama Perdana Menteri sebagai Ketua Pesuruhjaya MACC yang baru amat membimbangkan dan perlantikan ini secara langsung menjejaskan kebebasan institusi MACC.

9. Persoalannya, di mana Peraturan Perundangan (Rule of Law) memandangkan kebebasan institusi-institusi utama telahpun terang-terang terjejas? Ahli-ahli Parlimen dan terutamanya Menteri Kabinet semestinya mencari hati nurani mereka dan menjawab soalan dengan jujur samada mereka bertindak demi kepentingan negara dalam isu 1MDB ini apabila isu ini tidak diselesailkan dan berpanjangan. Kami ingin mengingati bahawa setiap Ahli-Ahli Parlimen terutamanya Menteri Kabinet harus menyempurnakan sumpah mereka untuk menunaikan kewajipan-kewajipan mereka dengan segala upaya, menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia.

10. Memandangkan keadaan ini bertambah kronik dan tanggungjawab masyarakat sivil untuk menyuarakan kebimbangan demi rakyat Malaysia, dengan itu, kami menuntut Ahli-Ahli Parlimen, terutamanya Menteri Kabinet untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:-

(a) Mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya untuk menyempurnakan siasatan berkenaan dan secara undang-undanga yang wajar menyingkiran individu yang dinamakan sebagai ‘Malaysian Official 1’ tersebut.

(b) Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasatan isu 1MDB (dan isu-isu skandal kewangan yang lain).

(c) Mendedahkan kepada orang awam : keputusan penyiasatan MACC mengenai isu skandal kewangan SRC International dan keputusan tentang siasatan interim skandal 1MDB.

(d) Mengubah secara serta merta status klasifikasi OSA Laporan Ketua Audit Negara dan mengadakan sidang Parlimen untuk membincangkan laporan PAC dan prosiding DoJ tersebut dengan kadar segera.

(e) Mengambil langkah segera bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan tanpa halangan dan menangani efek kerosakan skandal-skandal berkenaan ke atas sistem kewangan Malaysia dan kebajikan rakyat Malaysia.

(f) Menubuhkan satu jawatankuasa yang melibatkan semua pihak berkenaan (All Party Parliamentary Committee, APPC) untuk menangani kemerosotan ekonomi dan politik akibat skandal 1MDB dan selanjutnya mengambil langkah-langkah pemulihan untuk mengatasi isu ini dengan kadar segera.

 

Diserahkan oleh :-

Ambiga Sreenevasan                                                                        
President, HAKAM    

Maria Chin Abdullah
Chairperson, Bersih 2.0
Steering Committee

Sevan Doraisamy
Executive Director, SUARAM

 

Disokong oleh :-

1. Academy of Tamil Studies, Malaysia

2. Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4)

3. Challenger

4. Child Development Initiative Malaysia

5. Coalition for Free & Fair Elections (BERSIH)

6. Community Action Network (CAN)

7. Council of Temples Malaysia

8. EMPOWER

9. ENGAGE

10. Gabungan #TangkapMO1

11. Group of Concerned Citizens Malaysia

12. Himpunan Hijau

13. Indian Malaysian Active Generation (IMAGE) Malaysia

14. Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator

15. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)

16. Komuniti Muslim Universal (KMU Malaysia)

17. Lawyers for Liberty

18. Malaysia Tamil Artiste Association

19. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA)

20. Malaysian Association of Indian University Graduates

21. Malaysian Indian Historical Association

22. Malaysian Physicians for Social Responsibility

23. MIDAS

24. National Human Rights Society (HAKAM)

25. North South Initiative (NSI)

26. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)

27. Rise of Sarawak Efforts (ROSE)

28. Selangor Action Team

29. Semparuthi Iyakkam Malaysia

30. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

31. Tamil Youth Bell Club

32. Warga Aman

33. World Tamil Federation – Malaysian chapter

 

1MDB-MemoToPMO