
Maria mempertahankan syarikat yang membiayai Bersih atas alasan kebebasan berpersatuan yang perlu dihormati semua pihak. Gambar dipetik dari FMT News.
PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, terkejut dengan ancaman kerajaan untuk menyenaraihitamkan penaja Bersih dan menuntut penjelasan atas dasar apa ia diambil..
Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang menyelia Unit Perancang Ekonomi dan Unit Kerjasama Awam-Swasta hari ini berkata, syarikat yang ingin mendapatkan kontrak kerajaan akan diteliti sama ada mereka terlibat dalam membantu membiayai Bersih.
Maria berkata ia merupakan satu keputusan yang mengejutkan kerana Bersih, gabungan reformasi pelbagai kumpulan ditubuhkan untuk memerangi rasuah dan tadbir urus yang baik serta pilihan raya bebas dan adil.
“Apa isu beliau dengan Bersih? Adakah anti rasuah, atau pilihan raya yang bersih dan adil? Beliau menakutkan syarikat (dengan mengancam menyenaraihitamkan mereka),” katanya. Read more