KUALA LUMPUR: Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah membantah cadangan agar syarikat yang didakwa menaja perhimpunan Bersih 5 disenaraihitam daripada kontrak kerajaan.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata sumbangan boleh diberikan kepada mana-mana pihak asalkan tidak melanggar undang-undang.
“Saya tidak fikir ia langkah yang betul. Mana-mana pihak boleh menyumbang kepada mana-mana badan selagi ia tidak melanggar undang-undang atau perlembagaan,” katanya selepas berucap pada majlis pelancaran buku “The End of Umno?” di sini hari ini.