Menjelang Bersih 5 esok, polis serbu pejabat Bersih 2.0

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2016/11/18/menjelang-bersih-5-esok-polis-serbu-pejabat-bersih-2-0/
SHARE

Sumber: The Malay Mail Online

Ribuan penyokong Bersih 4 berkumpul dekat Dataran Merdeka bagi mendesak pilihan raya bebas dan kerajaan bersih pada Ogos 2015. ― Foto oleh Saw Siow Feng

Ribuan penyokong Bersih 4 berkumpul dekat Dataran Merdeka bagi mendesak pilihan raya bebas dan kerajaan bersih pada Ogos 2015. ― Foto oleh Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR, 19 Nov ― Polis menyerbu pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya petang ini, tidak sampai 24 jam sebelum ia menganjurkan perhimpunan besar Bersih 5 esok.

Anggota urusetia badan pendesak pilihan raya bebas itu Mandeep Singh menulis di Twitter bahawa pasukan polis ibu pejabat persekutuan Bukit Aman di pejabatnya untuk merampas barangannya.

“[Polis] Bukit Aman di pejabat kami. [Mereka] mahu merampas semua barang,” coretnya melalui akaun @mandeepkarpal.

“Serbuan ini dibuat bawah Seksyen 124C,” tweetnya lagi, dipercayai merujuk Kanun Keseksaan atau seksyen berkaitan cubaan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Walau berdepan bantahan gerakan Baju Merah, ribuan peserta Bersih 5 dijangka berarak dari Jalan Bangsar menuju Dataran Merdeka mulai 10 pagi esok.

MENYUSUL LAGI