
Dalam keputusan sebulat suara, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 3(3) Akta Hasutan tidak sah kerana peruntukannya mengecualikan unsur niat, melanggar Perlembagaan Persekutuan. Pic dari FMT News.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan dalam keputusan penting hari ini memutuskan Seksyen 3(3) Akta Hasutan yang menyatakan elemen niat tidak perlu dibuktikan, adalah tidak mengikut perlembagaan.
Dalam membenarkan rayuan saman Adun Sri Muda daripada PKR Mat Shuhaimi Shafiei untuk mengisytiharkan perundangan kolonial itu tidak sah, panel hakim diketuai Datuk Lim Yee Lan dalam keputusan sebulan suara memutuskan Seksyen 3(3) melanggar Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
“Perintah Mahkamah Tinggi (yang menolak saman asal) diketepikan,” katanya.
Hakim lain dalam panel itu ialah Datuk Varghese George dan Harminder Singh Dhaliwal. Read more