Tukar agama: Undang-undang persekutuan atasi negeri, kata Azalina

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2016/12/09/tukar-agama-undang-undang-persekutuan-atasi-negeri-kata-azalina/
SHARE

Sumber: FMT News

Pindaan kepada undang-undang negeri tidak boleh digunakan sekiranya pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 diluluskan

Perlis legislative assembly approved the Islamic Religion Administration Enactment (Amendment) 2016 Bill by a 13-1 majority on 9 December 2016. Image taken from FMT News.

Perlis legislative assembly approved the Islamic Religion Administration Enactment (Amendment) 2016 Bill by a 13-1 majority on 9 December 2016. Image taken from FMT News.

PETALING JAYA: Undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang negeri sekiranya berlaku ketaktekalan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman.

Maka, sekiranya kerajaan persekutuan berjaya meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (LRA), pindaan enakmen Perlis yang didakwa membolehkan anak diislamkan dengan persetujuan ibu atau bapa sahaja tidak boleh boleh digunakan.

Menurut Azalina, Dewan Undangan Negeri Perlis berhak meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006.

“Pada masa yang sama, rang undang-undang yang dibentangkan kerajaan untuk meminda LRA tepat pada masanya dan langkah yang positif.

“Sekiranya pindaan diluluskan, ia akan menjadi undang-undang persekutuan.

“Adalah dimaklumkan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang berlawanan dengan undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan mengatasinya,” katanya beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Pindaan yang dicadangkan LRA itu, yang mewajibkan ibu dan bapa memberi izin sebelum menukar agama anak, akan dibahas di Dewan Rakyat tahun depan.

Sekarang ini, hanya 3 negeri – Selangor, Pulau Pinang dan Terenggan – mempunyai peraturan itu.

“Kerajaan komited menyelesaikan perkara itu secara holistik dan maklum balas daripada semua pihak akan dipertimbangkan,” kata Azalina.

“Saya berharap semua parti akan melihat pindaan yang dicadangkan secara objektif dan mengelak daripada mempolitikkan pindaan itu atau membuat kenyataan pramatang.”

Perlis meluluskan pindaan enakmen semalam, tetapi Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man memberitahu New Straits Times Online hari ini bahawa peristiwa itu dilaporkan di luar konteks.

Azlan menjelaskan pindaan hanya menggantikan frasa “ibu dan bapa” dengan “ibu atau bapa”, selaras dengan frasa yang digunakan dalam versi bahasa Inggeris.

Beliau mendakwa pindaan itu tidak mempunyai kesan undang-undang dan hanya bertujuan untuk menyeragamkan bahasa.

 

Artikel-artikel Berkenaan