
Timbalan menteri itu berkata pakaian dalam dilarang kerana ia boleh dijadikan alat mencederakan diri. Gambar dipetik dari FMT News.
NGO pemantau pilihan raya berkata amat membimbangkan apabila Datuk Nur Jazlan Mohamed melihat tidak ada apa-apa yang tidak bermoral dengan layanan terhadap tahanan dalam kurungan.
PETALING JAYA: Tiada tahanan patut dilayan seperti yang diterima Maria Chin Abdullah, kata jawatankuasa pemandu Bersih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
NGO pemantau pilihan raya berkata kurungan Maria ketika dia disiasat atas kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) itu ialah satu bentuk “seksaan”, dan mendesak kerajaan menghentikan penyalahgunaan undang-undang anti keganasan.
“Tidak ada sesiapa patut mengalami keadaan seperti itu yang tidak berperikemanusiaan dan menyebabkan trauma seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Read more