MEMORANDUM: Masyarakat Sivil Menuntut supaya Kerajaan Menghentikan Gangguan dan Stigma terhadap NGO (Badan Bukan Kerajaan)

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2016/12/15/memorandum-masyarakat-sivil-menuntut-supaya-kerajaan-menghentikan-gangguan-dan-stigma-terhadap-ngo-badan-bukan-kerajaan/
SHARE

>>Versi Inggeris

Yang Berhormat Senator Datuk Paul Low Seng Kuanpdf
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
bertanggungjawab terhadap Tadbir Urus, Integriti dan Hak Asasi Manusia.

Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan Mohamed
Timbalan Menteri
Kementerian Dalam Negeri.

Serta kepada:
Yang Berhormat Ahli-ahli Kabinet

15 Disember 2016

 

MEMORANDUM: Masyarakat Sivil Menuntut supaya Kerajaan Menghentikan Gangguan dan Stigma terhadap NGO (Badan Bukan Kerajaan)

  1. Kami, ahli-ahli Masyarakat Sivil (diwakili oleh organisasi-organisasi yang dilampirkan di bawah) amat mengambil berat terhadap perkembangan terkini berkenaan tangkapan dan tahanan Puan Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 baru-baru ini, panggilan aktivis SUARAM, Lawyers for Liberty dan EMPOWER untuk siasatan polis, serbuan dan penyitaan pejabat BERSIH dan EMPOWER, serta pelbagai laporan media berkenaan dakwaan negatif dana asing terhadap pelbagai organisasi, termasuklah Majlis Peguam Malaysia.
  1. Kami turut mengambil berat terhadap pengumuman Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang satu pasukan tindak khas (task force) telah ditubuhkan untuk menyiasat dana-dana NGO dan dakwaan bahawa NGO menyemarakkan revolusi untuk menjatuhkan kerajaan serta jawapan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan terhadap isu-isu hak-hak asasi tempatan yang dikemukakan oleh Encik Maina Kiai, Perwakilan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Kebebasan Berkesatuan dan Perhimpunan Aman, semasa lawatannya ke Malaysia baru-baru ini. Pengumuman dan jawapan menteri-menteri tersebut telah dilaporkan didalam media tempatan.

  1. Rentetan peristiwa yang berlaku dan laporan-laporan berita yang diterbitkan dalam media baru-baru ini memberikan gambaran bahawa pihak berkuasa bertujuan menjatuhkan kredibiliti dan memburuk-burukkan aktivis hak-hak asasi manusia serta organisasi masyarakat sivil yang telah menyuarakan kritikan dan bantahan mereka terhadap kerajaan secara terbuka.
  1. Khususnya, kami mengambil berat dan kesal terhadap stigma yang diberi kepada penerimaan dana asing oleh organisasi masyarakat sivil yang disamakan dengan ‘pengkhianatan’ (‘treason’) dan/atau ‘campur tangan oleh badan-badan asing’ (‘interference of foreign bodies’) yang mengancam negara. Dakwaan yang menyatakan dana asing tersebut digunakan untuk menjatuhkan kerajaan adalah karut-marut. Dana-dana yang diperoleh bagi pendidikan, advokasi hak-hak asasi, pemantauan dan kempen untuk memperkukuhkan proses demokratik merupakan aktiviti yang sah di sisi undang-undang.
  1. Masyarakat sivil di Malaysia yang menyuarakan kritikan terhadap isu-isu hal ehwal negara selalunya mengalami kesukaran mendapatkan sumbangan dana tempatan, disebabkan kebimbingan penyumbang (individu dan badan-badan swasta) akan kesan negatif akibat sokongan kewangan mereka. Kenyataan untuk menghalang sokongan dan sumbangan terhadap masyarakat sivil dibuat oleh pihak-pihak berkuasa dari masa ke masa. Dana kerajaan juga jarang sekali diberikan kepada NGO yang menyuarakan kritikan secara terbuka terhadap kerajaan dan tindakan kerajaan.
  1. Masyarakat sivil memainkan peranan yang penting dalam proses demokratik dan pembangunan di Malaysia, seiring dengan agensi-agensi kerajaan serta sektor swasta. Peranan aktivis dalam menggalakkan kebaikan umum telah diiktirafkan oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini. Kewujudan masyarakat sivil dan kerja yang dilakukan oleh aktivis-aktivis tidak harus diancam dengan halangan dan batasan kewangan.
  1. Kebebasan berkesatuan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan (Lihat: Artikel 10). Kebebasan berkesatuan bukan hanya terhad kepada hak untuk menubuhkan dan menyertai mana-mana persatuan, tetapi juga untuk mencari, menerima serta menggunakan sumber-sumber – manusia, bahan-bahan atau kewangan – daripada pihak tempatan, luar negara, dan antarabangsa untuk aktiviti-aktiviti persatuan tersebut (Lihat: Artikel 13, Deklarasi Pembela Hak Asasi Manusia yang telah diterima oleh Persidangan Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu A/RES/53/1999).
  1. Kami ingin menegaskan bahawa sebagai ahli masyarakat sivil yang mungkin dari masa ke masa menyuarakan pendapat kami terhadap hal ehwal negara, bukanlah ‘pengkhianat’. Ahli masyarakat sivil yang menyuarakan kritikan atau bantahan mereka tidak seharusnya dilayan sebagai musuh negara. Bagi mewujudkan sebuah demokrasi berparlimen yang tulen, kita mestilah diberikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat dan kebimbangan kita.
  1. Sebagai kumpulan masyarakat sivil yang menyarankan ketelusan dan akauntabiliti, kami ingin menegaskan kepada pihak kerajaan bahawa akaun-akaun kami difailkan setiap tahuan sebagai penyata tahunan dan boleh diperolehi secara umum.
  1. Kami menyeru kerajaan supaya menghormati peranan masyarakat sivil dalam demokrasi dan pembangunan negara di Malaysia. Kami juga menyeru kerajaan untuk menghentikan sebarang intimidasi terhadap aktivis-aktivis dan NGO melalui ancaman tangkapan, serbuan serta sitaan. NGO juga mempunyai hak yang sama seperti pihak swasta dan kerajaan untuk menerima dana asing dan tidak seharusnya diselar dengan stigma oleh sebab penerimaan dana asing semata-mata.

dikemukakan oleh:

(mengikut susunan abjad)

  1. Aliran
  2. Amnesty International – Malaysia
  3. Anak Muda Sarawak
  4. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  5. Angkatan Warga Aman Malaysia (Wargaaman)
  6. Association of Women Lawyers, Malaysia
  7. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  8. Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4)
  9. Community Action Network (CAN)
  10. EMPOWER
  11. ENGAGE
  12. Himpunan Hijau
  13. IKRAM
  14. Islamic Renaissance Front (IRF)
  15. Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
  16. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
  17. Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KMM)
  18. Lawyers for Liberty (LFL)
  19. LENSA
  20. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
  21. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
  22. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
  23. Malaysian Physicians for Social Responsibility
  24. Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
  25. Movement for Change Sarawak (MoCS)
  26. Oriental Hearts and Minds Study Institute (OHMSI)
  27. Partners of Community Organisation (PACOS)
  28. Penang Indepedent Schools Education Society
  29. People Welfare and Rights Organisation (Power)
  30. Permas
  31. Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM)
  32. Persatuan Pengguna Klang
  33. Persatuan Rapat Malaysia (RAPAT)
  34. Persatuan Sahabat Wanita, Selangor
  35. Pusat Komas
  36. Research for Social Advancement (REFSA)
  37. Rise of Sarawak Efforts (ROSE)
  38. Sisters in Islam
  39. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
  40. Tenaganita
  41. Tindak Malaysia
  42. Tobpinai Ningkokoton Koburuan Kampung (TONIBUNG)
  43. University of Malaya Association of New Youth (UMANY)
  44. Women’s Aid Organization

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM)

Emel: info@hakam.org.my