Peningkatan itu hasil operasi bersepadu berterusan penguatkuasaan, timbalan pendakwa raya, pegawai pelindung dan anggota Mapo.
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 100 sabitan kes di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom) direkodkan tahun lepas berbanding 7 pada 2015.
Beliau berkata peningkatan sabitan itu adalah hasil operasi bersepadu yang berterusan oleh pasukan penguatkuasaan, timbalan pendakwa raya, pegawai pelindung dan anggota Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Mapo).
Sabitan tahun lepas melibatkan 33 orang dengan 79 sabitan kes pemerdagangan orang, 9 penyeludupan migran dan 12 kes di bawah Akta Imigresen, Kanun Keseksaan serta akta lain, merangkumi hukuman penjara antara 3 dan 10 tahun serta penalti tertentu mengikut peruntukan akta terbabit, katanya. Read more