Gay wujud sebelum ‘Beauty and the Beast’ lagi, kata Nazri

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2017/03/13/gay-wujud-sebelum-beauty-and-the-beast-lagi-kata-nazri/
SHARE

Sumber: The Malay Mail Online

Actors Dan Stevens (L) and Emma Watson pose for photographers at a media event for the film Beauty and the Beast in London, Britain February 23, 2017. REUTERS/Neil Hall

Dan Stevens (kiri) bersama Emma Watson bergambar ketika promosi ‘Beauty and the Beast’ di London pada 23 Februari 2017. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Datuk Seri Nazri Aziz menyelar penangguhan tayangan filem Beauty and the Beast, menyifatkan ia tindakan tidak masuk akal.

Menteri pelancongan dan kebudayaan berkata penonton filem seharusnya diberi pilihan membuat keputusan untuk menonton filem yang digemari.

“Saya rasa ia mengarut. Maksud saya ia sebahagian daripada cerita dan kita tidak perlu menirunya.

“Kita tidak melarang sesebuah filem kerana watak gay.

“Sebelum ini tanpa watak gay dalam Beauty and the Beast, sudah ada golongan itu di dunia. Saya tidak fikir ia akan mempengaruhi sesiapa.

“Kita perlu berfikir. Kita mesti membenarkan penonton untuk membuat keputusan,” katanya.

Filem yang dijadual ditayangkan Khamis ini, di Malaysia ditangguhkan selepas kontroversi watak gay.

Pengedarnya Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd berkata penangguhan filem itu untuk “semakan dalaman”, lapor portal Star Online petang ini.

Tiada penjelasan lanjut diberikan berhubung penangguhan itu dan tarikh baru tayangan filem klasik Walt Disney itu tidak dapat dipastikan.

Filem itu, bikinan semula animasi Walt Disney pada 1991, dibintangi pelakon popular Emma Watson yang memegang watak Belle dan Luke Evans sebagai Gaston.

Kontroversi timbul apabila watak LeFou, yang dibawa Josh Gad, digambarkan oleh pengarahnya Bill Condon “yang mahu mencium Gaston.”

Baca selanjutnya

 


Nazri: Blanket ban on movies ridiculous
Source: The Star Online

KUALA LUMPUR: A blanket ban on movies based on a character or scene is ridiculous, said Tourism and Culture Minister Datuk Seri Nazri Aziz.

Speaking about the indefinite postponement of the local release date for the film Beauty and the Beast, Nazri said that a film has to be looked at in its entirety before a ban can be imposed on it.

The Disney film has garnered some international controversy for including a homosexual character in the live-action adaptation of the fairy tale.

Nazri said that the presence of such characters in the film would not influence young children into considering homosexuality.

“All these years, even without the homosexual character in the Beauty and the Beast, there have been homosexual people in the world. I don’t think it is going to influence anyone,” he said when met by reporters at the Dewan Rakyat lobby on Monday.

He added that a movie should not be banned for having a homosexual character even though homosexual acts are banned in Malaysia.

“We need to think, we must allow people to decide for themselves. There are stories about murder and by law that is wrong,  but do you ban it in a film? Where do you draw the line,” he asked.