Joint Statement – dated 7 April 2017
Kami organisasi masyarakat sivil Malaysia seperti yang disenaraikan di bawah ingin meluahkan solidariti tidak berbelah bahagi kepada keluarga, rakan dan kominiti yang meratapi mereka yang diculik secara misteri dan masih lagi hilang hingga ke hari ini
1. Nama: Pastor Raymond Koh Keng Joo (62 tahun)
Tarikh Penculikan: 13hd Februari, 2017
Tempat Penculikan: Jalan Bahagia, Petaling Jaya
Organisasi: Harapan Komuniti
Pekerjaan: Kerja sosial membantu ibu tunggal, penagih dadah dan mereka yang menghidap HIV/AIDS
Status: Masih hilang
2. Nama: Pastor Joshua Hilmy and his wife, Ruth (50 tahun)
Tarikh Penculikan: 30hb November, 2016
Tempat Penculikan: Tidak pasti. Lokasi terakhir dikenali sebagai Kampung Tunku, PJ
Organisasi: Tidak dikenalpasti
Pekerjaan: Pastor Kristian
Status: Masih hilang
3. Nama: Amri Che Mat (43 tahun)
Tarikh Penculikan: 24hb November, 2016
Tempat Penculikan: Bukit Chabang, Perlis
Organisasi: Perlis Hope
Pekerjaan: Peniaga forex dan aktivis sosial yang telah mengadakan projek kebajikan untuk golongan miskin, membantu untuk membina rumah dan menyumbangkan beras kepada keluarga yang memerlukan
Status: Tidak Tahu Di Mana
Persamaan mangsa-mangsa penculikan ini adalah, mereka semua menjalankan kerja-kerja amal untuk masyarakat miskin dan terpinggir di negara kita. Bukan dari keluarga yang kaya, oleh itu motif penculikan mereka tidak mungkin berunsurkan wang atau tebusan. Tiada tuntutan wang tebusan yang dibuat setakat ini dalam kesemua kes tersebut.
Tidak banyak yang diketahui tentang bagaimana Pastor Joshua Hilmy dan Ruth telah diculik. Walau bagaimanapun, penculikan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat, adalah hampir sama. Penculik menggunakan konvoi dengan beberapa kenderaan dan motosikal. Ianya telah dilakukan dengan cepat dan tepat. Dari rakaman video litar tertutup penculikan Pastor Raymond, menunjukkan penculik mungkin telah dilatih secara profesional.
Walaupun sudah sebulan, pihak polis masih tak dapat cari, tiada penangkapan dan kes masih belum ada penyelesaian.
Penculikan Pastor Raymond Koh telah diketengahkan oleh media dan rakyat yang prihatin dari hari pertama ia berlaku hingga sekarang. Setiap minggu pasti ada laporan berita dan upcara vigil dijalankan diseluruh negara untuk mereka. Namun, selepas empat bulan berlalu, penculikan Pastor Joshua Hilmy, Ruth dan Amri Che Mat, tidak lagi menerima publisiti yang sama seperti dahulu. Mereka semua masih lagi hilang. Ianya adalah sesuatu yang amat membimbangkan, dimana tiga penculikan telah berlaku dalam tempoh empat bulan, dan polis seolah-olah tidak kisah dan tidak bertindak balas terhadap kebimbangan rakyat yang tinggal di dalam negara ini.
Sebagai ahli masyarakat sivil di Malaysia, kami menggesa pihak Polis Diraja Malaysia untuk mengambil berat tentang kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan awam dengan:
1) Mengutamakan siasatan penculikan Pastor Raymond Koh, Pastor Joshua Hilmy, Ruth Hilmy dan Amri Che Mat, dengan menggunkan sumber yang ada pada mereka.
2) Memberi maklum balas berkala kepada keluarga dan orang ramai mengenai progres siasatan mereka. Pihak polis mesti menunjukkan bahawa mereka berusaha sedaya upaya membanteras penculik tersebut dan membawa mereka ke muka pengadilan. Maklumat berkala mengenai kes penculikan ini akan mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap komitmen dan keupayaan pihak polis untuk memastikan keselamatan pekerja sosial, keluarga mereka dan rakyat secara umumnya terpelihara.
3) Memastikan rakyat Malaysia bahawa bukan mana-mana agensi kerajaan yang telah menjalankan penculikan tersebut.
Kami ingin mengingatkan semua orang dan terutama pihak berkuasa bahawa Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak untuk hidup dan kebebasan diri bagi semua orang dan Perkara 9 (2) menjamin hak rakyat untuk bergerak bebas. Kerana kesemua mangsa adalah daripada mereka yang beragama, kami ingin mengingatkan juga bahawa Perkara 11 (1) menyatakan”Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya. dan, tertakluk kepada Fasal (4), berhak mengembangkan ugamanya.”
Untuk menunjukkan solidariti kita terhadap mangsa penculikan dan keluarga mereka, kami menjemput anda untuk satu sesi vigil solidariti. Kami menjemput semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama untuk hadir pada:
Tarikh: 8hb April, 2017 (Sabtu)
Masa: 8.30pm
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Kenyataan yang disediakan oleh SUARAM dan disokong oleh organisasi berikut.
1. ENGAGE
2. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
3. Writer Alliance for Media Independence (WAMI)
4. Pusat KOMAS
5. #BebasAnwar
6. Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
7. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
8. Movement for Change Sarawak (MoCS)
9. University of Malaya Association of New Youth (UMANY)
10. REFSA
11. PROHAM
12. Centre for Independent Journalism Malaysia
13. Johor Yellow Flame
14. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
15. Community Development Centre (CDC)
16. Pemuda Parti Sosialist Malaysia
17. DEMA
18. KLSCAH Civil Rights Committee
19. Sisters in Islam
20. Community Action Network (CAN)
21. Komuniti Muslim Universal (KMU)
22. Knowledge and Rights with Young People through Safer Space (KRYSS)
23. Jaringan Kampung Orang Asal Semenanjung Malaysia (JKOASM)
24. Lawyers for Liberty
25. Sarawak for Sarawakian
26. Malaysians against Death Penalty and Torture (MADPET)
27. Center for Orang Asli Concern (COAC)
28. HAKAM
29. Project Dialog
30. Asian Democratic Youth Network (ADYN)
31. Sekretariat Anak Muda Sabah
32. Collective Teori Timur
33. ALIRAN
34. Demi Malaysia
35. Johor People’s Action Group (JPAG)
36. Angkatan Muda Keadilan
37. Bersih 2.0
38. Perlis Hope
39. Himpunan Hijau
40. Harapan Komuniti
41. Teoh Beng Hock Trust for Democracy
42. North South Initiative
43. Sahabat Rakyat
44. Institute for Development of Alternative Living (IDEAL)
45. EMPOWER
Laporan media mengenai tentang penculikan mereka:
Pastor Raymond Koh
Pastor diculik dari kenderaannya di PJ
http://www.thestar.com.my/
Pastor yang diculik terima peluru enam tahun lalu
Pastor Raymond Koh and Pastor Joshua Hilmy
Malaysian Pastors Are Disappearing: Why Is Our Government Silent?
http://www.xyz.net.au/
Police clueless on whereabouts of another missing pastor and wife
http://www.thesundaily.my/
Amri Che Mat
Aktivis kebajikan hilang dekat Bukit Chabang
http://www.bharian.com.my/
Another man taken away, similar to how pastor was abducted
Misteri kehilangan aktivis Perlis Hope
http://www.sinarharian.com.my/