Kes Indira: Mahkamah sivil boleh tafsir isu perundangan Islam

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2018/01/30/kes-indira-mahkamah-sivil-boleh-tafsir-isu-perundangan-islam/
SHARE

Sumber: Malay Mail Online

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang mahkamah sivil daripada mentafsir atau menilai isu berkaitan undang-undang Islam.

Dalam penghakiman bertulis kes M Indira Gandhi, lima ahli panel mahkamah persekutuan berkata klausa 1A bawah Seksyen 121 Perlembagaan tidak mengurangkan kuasa mahkamah sivil berkaitan perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

Klausa 1A dimasukkan dalam Artikel 1988, mengatakan mahkamah sivil tiada kuasa terhadap apa-apa perkara di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

Keutamaan mahkamah syariah melibatkan hal kekeluargaan Islam, seperti perkahwinan, penceraian dan harta pusaka.

“Artikel 121 (1A) tidak mengurangkan kuasa penghakiman mahkamah sivil apabila timbul perkara berkaitan undang-undang Islam,” kata Tan Sri Zainun Ali, seorang daripada panel itu.

Zainul berkata klausa itu tidak mengenepikan kewujudan kuasa mahkamah sivil untuk menyemak semula penghakiman, atau mentafsir undang-undang dan perlembagaan.

Mahkamah Persekutuan semalam mengetepi dan menolak penukaran agama satu pihak yang dibuat Mohd Riduan Abdullah melibatkan anak M Indira Gandhi.

Berlarutan sembilan tahun sejak 2009, mahkamah sebulat suara memutuskan penukaran agama bagi Prasana Diksa, waktu itu 11 bulan, mesti “diketepikan”.