KENYATAAN AKHBAR: Hentikan Kecaman Atas Aktivis,Hapuskan Gejala Seksisme Dan Misoginistik

Facebook
Facebook
Google+
http://hakam.org.my/wp/2018/02/02/hentikan-kecaman-atas-aktivis-hapuskan-gejala-seksisme-dan-misoginistik/
SHARE

Oleh: Nurhayyu Zainal, Meja Wanita, Parti Sosialis Malaysia (PSM)

2 FEBRUARI 2018

HENTIKAN KECAMAN ATAS AKTIVIS, HAPUSKAN GEJALA SEKSISME DAN MISOGINISTIK

Sedar atau tidak, golongan politik hari ini bagaikan raksaksa toksik terbentuk dari kesan radiasi sisa buangan oleh satu sistem dikenali sebagai patriarki. Dominasi kaum lelaki selama ribuan tahun meletakkan wanita pada posisi subordinat dengan limitasi terhadap kuasa politik serta proses membuat keputusan (decision making) ini mendorong kepada perbuatan memperlekehkan pandangan wanita selain membuli, fitnah, serangan peribadi, dan perlakuan lucah.

Inilah situasinya bila aktivisme politik hanya setakat menukar baju dari parti pemerintah ke parti pembangkang. Mana2 gabungan politik yang ahli-ahlinya tidak mempunyai ideologi dan prinsip poliitk yang jelas akan berkelakuan seksis dan misoginistik.

Gejala ini dilihat begitu ketara apabila penyokong – penyokong dan propagandis (cybertroopers) pihak pembangkang menggunakan kata kata lucah dan kesat sebagai mod serang balas terhadap seorang aktivis wanita yang dikenali sebagai Maryam Lee berikutan pendiriannya menyokong kempen #UndiRosak yang menjadi fenomena dan perbualan hangat di media sosial.

Sebagai sebuah organisasi yang menolak sistem patriarki, Parti Sosialis Malaysia mengecam sekeras – kerasnya perlakuan serta ancaman berunsur misoginis dan seksis terhadap mana mana individu.

Kitar Semula Sampah Politik

Jika 10 tahun dulu, politik negara dimualkan dengan budaya fitnah dan kelucahan melampau oleh propagandis BN yang digelar PapaGomo, namun sedarkah kita betapa tegar amalan yang ditinggalkan oleh sosok lucah itu? Hakikatnya hari ini, para propagandis politik termasuk pembangkang meneruskan modus operandi yang sama dalam berhadapan perbezaan pandangan mahupun pihak lawan.

“Adakah kita mahu amalan politik murahan ini berterusan ke generasi akan datang hingga ke anak cucu kita?”

“Politik seharusnya membawa nilai nilai edukatif yang merangsang pembudayaan berfikir, kita mahu wujudkan pencetusan idea, bahas idea untuk pemerkasaan masyarakat”

“Kita sering laungkan tentang perubahan, tapi dari segi perlaksanaan kita lemah. Kereta terbang tak akan jadi kenyataan kalau kita masih terus amalkan politik berasaskan fitnah, lucah, seksis dan memperkecilkan pandangan wanita”

Meja Wanita menyeru para pemimpin parti politik mengambil tindakan tegas terhadap sebarang reaksi berbaur seksis dan fitnah yang dilakukan oleh rakan politik, ahli ahli parti serta menasihati dengan keras penyokong penyokong mereka sekiranya melakukan hal yang sama.

Masyarakat juga harus menolak sebarang calon yang terpalit skandal korupsi, patriarki dan autokratik. Jika mahukan perubahan politik ke arah negara berakauntabiliti, kita harus memilih calon pro rakyat yang bersih dan berkualiti serta berani melaksanakan pengisytiharan harta untuk mewakili suara kita di Dewan Rakyat. Perubahan tidak datang bergolek. Tanpa sebarang inisiatif untuk melakukan proses memperkasa rakyat terbanyak, politik tidak ubah sekadar menjadi medan populis merebut kuasa. Sokongan rakyat pula terpaksa digembeling melalui sentimen politik melampau, rasis dan tuduh menuduh. Demikianlah berlaku kepada pembangkang, akhirnya tepaksa mengusung seorang ‘nonage

Amalan Selektif dan Hipokrit Adalah Toksik

Serangan bertali arus dari mereka yang dipercayai pro Pakatan Harapan, terhadap individu yang menyokong #UndiRosak secara tidak sedar memperlihatkan sikap mereka diluar kepompong yang sebenar. Betapa ceteknya pemikiran mereka apabila mendepani perbezaan pendapat dan terus menuduh kempen #UndiRosak didalangi oleh ‘pemakan dedak’ UMNO-BN.

Albert Einstein dalam satu petikan beliau menyebut “The Only Thing More Dangerous Than Ignorance Is Arrogance (Satu satunya perkara yang paling berbahaya berbanding kebodohan adalah kesombongan)” merupakan kritikan kepada sikap angkuh segelintir yang memilih ‘jalan singkat’ (keangkuhan) untuk menolak logik pandangan orang lain. Apa yang membimbangkan, sikap angkuh pembangkang ini dicontohi oleh tentera tentera siber dan para pengikutnya yang seksis dengan melontar komentar komentar menghina dan ‘kotor’ terhadap wanita.

September tahun lalu menyaksikan kehadiran sebaris pemimpin wanita Pakatan Harapan dan sosok feminis dari beberapa badan NGO pro gender dalam satu himpunan wanita membantah politik toksik dan menuntut politik bersih.

Namun, melihat sikap pasif segelintir figur yang menghadiri perhimpunan tersebut berkenaan ancaman seksis terhadap Maryam Lee amatlah mengecewakan.

Perjuangan isu isu wanita tidak seharusnya bersifat selektif atau condong kepada kepentingan politik semata. Usah jadikan isu wanita sebagai retorik politik hipokrit. Selagi wanita tidak bersatu (mengenepikan soal perbezaan) mengecam penindasan terhadap wanita lain, selagi itu tembok patriarki tidak bisa diruntuhkan.

Oleh,
Nurhayyu Zainal