Bekas Presiden-Presiden

Selepas pendaftaran sah HAKAM pada tahun 1991, HAKAM terus dipimpin oleh individu-individu yang tersohor dan berkaliber.

Bekas presiden-presiden HAKAM terdiri daripada:

Tan Sri Ahmad Nordin - HAKAM
Tan Sri Ahmad Nordin – HAKAM

 

Tan Sri Ahmad Nordin merupakan seorang veteran UMNO, dan telah berkhidmat sebagai ahli EXCO Kerajaan Negeri Melaka, dan juga sebagai Timbalan Presiden Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah pada tahun 1999.

 

 

 

Raja Aziz Addruse - HAKAM
Raja Aziz Addruse – HAKAM

 

Raja Aziz Addruse merupakan peguam anggul yang telah berkhidmat sebanyak 3 kali sebagai Presiden Badan Peguam Malaysia, termasuk ketika krisis Kehakiman melanda negara ini. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Pakar-Pakar Undang-Undang Antarabangsa.

 

 

 

Ramdas Tikamdas - HAKAM
Ramdas Tikamdas – HAKAM

 

Ramdas Tikamdas adalah seorang peguam, pengantara dan arbitrator yang terkemuka. Selain dari HAKAM, beliau juga pernah memegang jawatan dalam Persatuan Pengguna Pahang, Persatuan Pengguna Selangor, FOMCA dan ERA Consumer. Beliau banyak menulis artikel mengenai hak-hak asasi manusia yang diterbitkan dalam pelbagai penerbitan dan jurnal.

 

 

Cecil Rajendra - HAKAM
Cecil Rajendra – HAKAM

 

Cecil Rajendra  bukan sahaja terkenal sebagai seorang peguam-aktivis, malah juga merupakan penyajak yang hebat. Pada 2005, beliau dikurniakan Anugerah Kemanusiaan Malaysia (“Malaysian Lifetime Humanitarian Award”) atas khidmat bantuan guaman serta puisi-puisi penuh inspirasi. Pada tahun 2005 juga, beliau dinamakan sebagai calon Hadiah Nobel untuk Sastera.

 

 

 

Malik Imtiaz Sarwar - HAKAM
Malik Imtiaz Sarwar – HAKAM

 

Datuk Malik Imtiaz Sarwar merupakan seorang peguam yang amat dihormati. Beliau sering terlibat dalam kes-kes hak asasi manusia di Malaysia. Sebagai aktivis yang mengutamakan kedaulatan undang-undang dan kebebasan, beliau diberi Anugerah Kebebasan Bersuara Undang-Undang & Kempen Bindman pada 2009.

 

 

 

Abdul Rashid Ismail - HAKAM
Abdul Rashid Ismail – HAKAM

 

Abdul Rashid Ismail adalah salah seorang peguam dalam kes Sagong bin Tasi (berkenaan hak milik tanah Orang Asli) di peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan. Beliau juga pernah menjadi pemegang biasiswa Chevening dan merupakan siswazah Sarjana Undang-Undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa dari University of Oxford.