Sertai HAKAM

Bersama-sama kita membawa perubahan!

HAKAM sentiasa mengalu-alukan sokongan orang ramai dari segi keahlian, sumbangan tenaga secara sukarela, pengambil bahagian dalam acara-acara kami, latihan, dan sumbangan kewangan terhadap program-program kami, mahupun derma kepada HAKAM.

Quote by Nelson Mandela

Quote by Nelson Mandela

 

KEAHLIAN

Keahlian HAKAM adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Yuran keahlian ialah RM10-00 setahun. Keahlian ini boleh diperbaharui dari setahun ke setahun.

Rakyat yang layak dijemput memohon untuk menjadi ahli HAKAM; sila muat-turun borang permohonan keahlian, isikan dan pulangkan borang yang ditandatangani bersama bayaran anda, secara cek ataupun “money order” terbayar kepada “Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia”, secara pos kepada alamat yang tertera di borang permohonan ahli kami.

Borang permohonan keahlian yang kami terima akan diproses secepat mungkin. Anda akan dimaklumkan mengenai keputusan kami kepada permohonan anda.

Sila hubungi kami melalui emel info[at]hakam.org.my bagi sebarang soalan berkenaan dengan keahlian HAKAM.

 

SUMBANGAN SUKARELAWAN

Adakah anda ingin menyumbang kepada usaha-usaha mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia? Sertailah usaha-usaha HAKAM sebagai seorang sukarelawan. Kami mengalu-alukan bantuan anda dari segi penganjuran inisiatif, kajian, pengumpulan dana dan lain-lain. Hubungi kami!

Sila beri perhatian kepada usaha-usaha semasa dan hubungi kami secara emel info[at]hakam.org.my untuk mendaftar sebagai sukarelawan bagi mana-mana usaha kami.

 

HADIRAN DALAM ACARA-ACARA

Adakah anda berminat kepada isu-isu hak asasi manusia di Malaysia tetapi kekurangan masa untuk menyumbangkan tenaga terhadap usaha-usaha kami? Kalau begitu, anda dijemput menghadiri dan mengambil bahagian dalam acara-acara kami.

Sile lihat senarai acara-acara kami

 

LATIHAN (“INTERNSHIP”)

Jika anda berminat to menjadi pelatih HAKAM, sila hubungi kami melalui emel info[at]hakam.org.my untuk mengatur perbincangan peribadi berkenaan kelayakan dan terma-terma pelatih.

 

SUMBANGAN KEWANGAN & DERMA

Sila hubungi kami melalui emel info[at]hakam.org.my untuk mengatur perbincangan peribadi berkenaan apa-apa minat bagi sumbangan kewangan / dermaan kepada HAKAM, ataupun penajaan terhadap mana-mana usaha kami.