Usaha-Usaha HAKAM

HAKAM telah mengamalkan agenda memperjuangkan hak-hak asasi manusia sejak lebih daripada 25 tahun lalu. Walaubagaimanapun, ini merupakan senario mara satu langkah ke hadapan, undur dua langkah ke belakang.

Warga Malaysia mula menjadi lebih prihatin terhadap hak-hak mereka dan kini kerap mempersoalkan pihak berkuasa, namun kita masih menghadapi pencabulan hak asasi manusia….malah keterukan dan kekerapan sebegini berlaku berlipat ganda. Rakyat Malaysia masih berhadapan dengan institusi kerajaan yang lemah, insiden rasuah, jenayah, isu-isu perkauman dan ketaksuban agama yang kian meningkat serta pengendahan wacana awam intelektual.

HumanRightsUniversalDeclarationPosterOleh itu, HAKAM bertekad untuk terus berusaha menjana lebih keprihatinan terhadap hak asasi manusia. HAKAM sentiasa bersuara lantang terhadap pencabulan hak asasi manusia. Kami mengambil tindakan untuk mempertahankan dan memelihara hak asasi manusia semua warga Malaysia, terutamanya kebebasan bersuara – baik dalam ruang Parlimen mahupun di perhimpunan awam, media cetak ataupun media social. Kami mereka ruang diskusi hak asasi manusia.

Kami akan terus melobi untuk pemansuhan semua undaang-undang zalim yang menyekat hak asasi manusia yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Kami akan terus mewakili dan bersuara untuk mangsa-mangsa kerakusan hak asasi manusia.

Kami berharap untuk memupuk generasi Malaysia baru yang berani bersuara. Kami mempunyai aspirasi tinggi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara sebagaimana yang diidamkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 1957:

“Sebuah negara merdeka, berdaulat dan demokratik yang berasaskan prinsip kebebasan dan keadilan dan yang senantiasa menjaga kebajikan dan kegemembiraan rakyat jelatanya serta pengekalan keamanan yang adil di antara semua negara.” – Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Pertama Malaysia.

Kami menjemput anda untuk mengetahui secara lanjut isu-isu hak asasi manusia, pelbagai aktivitif dan inisiatif kami, serta pencapaian-pencapaian kami.

PROJEK-PROJEK KHAS PENGGAL 2014/2015

  • Projek Pemansuhan Hukuman Mati
  • Hak Asasi Manusia & Agama
  • Pemantauan Kewibaan PDRM – Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)
  • Tindakbalas Nasional terhadap Bencana Alam – Satu Rangka Kerja

ACARA-ACARA

Nantikan kalendar acara-acara hak-hak asasi manusia!

USAHA-USAHA BERTERUSAN

Ketahui secara lanjut mengenai projek-projek jangka panjang kami.

PROGRAM & FORUM

Lihat senarai program dan forum kami buat tahun ini.

PENCAPAIAN

Ketahui secara lanjut mengenai pencapaian-pencapaian HAKAM selama 25 tahun.