Pencapaian HAKAM

HAKAM telah bergiat aktif selama 25 tahun dalam pemerkasaan hak asasi manusia, penerbitan kenyataan akhbar, mengadakan forum-forum serta berhubungan dengan pihak berkepentingan demi membina Malaysia yang lebih baik untuk semua. Adalah tidak mungkin untuk menghuraikan kesemua penglibatan HAKAM selama ini, namun ianya amat bermakna untuk kita sama-sama menghargai pencapaian-pencapaian penting HAKAM sehingga kini:

 

 

HAK TANAH ORANG ASLI (1995)

Sagong Tasi Case

Sagong Tasi Case

Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Sagong Tasi and 6 dll v Kerajaan Negeri Selangor and 3 dll adalah keputusan yang amat penting dalam banyak aspek. Secara pasti, ianya menghembuskan nafas baru di sebalik kebanyakan kes mahkamah sebelum ini yang tidak berpihak kepada orang asli, terutamanya di Sarawak. Kes ini juga menunjukkan bahawa undang-undang tempatan kita berupaya melindungi hak-hak pihak yang terpinggir dan tertindas.

^Atas

 

HAK PENDIDIKAN ORANG ASLI (1999-2003)

OrangAsliChildrenSekumpulan kanak-kanak Orang Asli di Johor telah dinafikan elaun pendidikan daripada Jabatan Orang Asli, kononnya kerana mereka dihantar ke sekolah rendah Cina dan bukannya sekolah kebangsaan.

Selama 3 dekad, warga Temuan di Kampung Sungai Mering, Tangkak, telah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Chuang Hwa Cina Rendah di Muar, iaitu kira-kira 13km dari kampung mereka dan salah satu daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Koh Swe Yong, ahli lembaga Chung Hwa dan ahli Exco HAKAM menyatakan bahawa pada 1985-1991, kanak-kanak Orang Asli Temuan telah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Orang Asli Johor. Walau bagaimanapun, bantuan tersebut dihentikan pada tahun 1991.

Setelah itu, HAKAM berusaha mengumpul dana bagi membolehkan kanak-kanak yang terlibat untuk meneruskan pelajaran mereka.
Menurut buku The Orang Asli and the Contest for Resources oleh Colin Nicholas, koordinator Centre for Orang Asli Concerns (Coac), secara purata, 94.4 peratus daripada kanak-kanak sekolah Orang Asli yang telah mendaftar untuk darjah satu tidak pernah sampai ke penghujung persekolahan menengah 11 tahun kemudian.

“Alasan yang diberikan oleh jabatan buat perlucutan kanak-kanak daripada bantuan adalah kerana kehadiran mereka ke sekolah aliran Cina,” kata Koh.

Tambahnya, pelbagai rayuan yang dibuat oleh sekolah rendah Cina dan masyarakat Temuan kepada pihak berkuasa telah ditolak atas alasan bahawa ianya adalah satu dasar negara.

^Atas

 

PENYEMAIAN KESEDARAN KESAN NEGATIF RASUAH (1995)

Abad 90-an merupakan tahun-tahun yang menyaksikan kepesatan ekonomi secara mendadak. Namun, ini juga bermakna terdapat lebih peluang dan godaan buat ketamakan dalam kalangan masyarakat kita, baik dalam sektor awam mahupun swasta. HAKAM mengambil inisiatif untuk mengadakan forum-forum dan kempen untuk mendidik masyarakat mengenai bahaya gejala rasuah.

Kami masih belum membendung gejala rasuah; sebaliknya, kita dapat melihat bahawa penglibatan telah meningkat berlipat ganda.

^Atas

 

KRITIKAN TERHADAP GEJALA PENEMBAKAN MATI OLEH POLIS (1998)

Pada tahun 1998, enam lelaki ditembak mati di Tumpat, Kelantan menggunakan 47 butir peluru. Tidak ada bukti untuk menyokong kenyataan pihak polis bahawa mereka bertindak untuk mempertahankan diri; tiada siasatan forensik dijalankan ke atas senjata yang didakwa disita daripada orang yang telah ditembak mati.

Di Nilai, V.Vikines yang baru berumur 19 tahun telah ditembak mati bersama 2 rakannya dalam usia 20-an. Polis mendakwa bahawa mereka tidak mempedulikan perintah untuk menyerah diri dan melepaskan tembakan ke arah polis. Terdapat lebam dan tanda pada muka, kaki dan belakang si mati. Ramai yang berpendapat Vikines merupakan seorang pelajar yang tidak bersalah. Unsur jenayah dalam kalangan polis telah disyaki dan HAKAM terpaksa membuat pendirian buat isu ini.

HAKAM menjalankan penyelidikan mengenai tembakan polis dan statistik penting telah dikumpulkan. Hasil penyelidikan tersebut mendapati bahawa terdapat lebih banyak insiden tembakan polis sehingga mati daripada gejala pembunuhan pada 1997-1998 di negara ini!

^Atas

 

MEKANISME DIALOG HAK ASASI MANUSIA SERANTAU ASEAN (1998-1999)

ASEANPada akhir 90-an, pemimpin-pemimpin ASEAN seperti Dr Mahathir dan Lee Kuan Yew telah menyuarakan idea “nilai-nilai Asia”, secara langsung menafikan kesejagatan hak asasi manusia. Ini membawa kepada penubuhan Kumpulan Kerja bagi Mekanisme Hak Asasi Manusia ASEAN, di mana HAKAM mewakili Malaysia untuk bekerjasama dengan rakan-rakan di Indonesia, Thailand dan Filipina untuk mewujudkan satu mekanisme hak asasi manusia serantau di ASEAN. Walaupun ini tidak pernah dicapai, ianya membuka jalan kepada pembentukan komisen hak asasi manusia nasional di beberapa negara ASEAN.

^Atas

 

PENERBITAN BUKU “HUMAN RIGHTS AND THE NATIONAL COMMISSION” (1999)

Edited by  Prof S Sothi Rachagan (Lecturer , University Malaya) & Ramdas Tikamdas (President HAKAM)

Edited by
Prof S Sothi Rachagan (Lecturer , University Malaya) & Ramdas Tikamdas (President HAKAM)

 

HAKAM tidak pernah berganjak dalam usaha mewujudkan sebuah suruhanjaya hak asasi manusia nasional. Ia menerbitkan buku pada tahun 1999, yang menjadi asas penubuhan suruhanjaya tersebut.

Buku ini telah disunting oleh Prof. S. Sothi Rachagan, Pensyarah di Universiti Malaya dan Ramdas Tikamdas, Bekas Presiden HAKAM.

 

 

 

 

 

 

^Atas

 

MEKANISME ASEAN MEMBAWA KEPADA PERTUBUHAN SUHAKAM (1999)

SUHAKAMHAKAM meneruskan perjuangannya dengan mengadakan forum-forum dengan SUARAM dan Era Pengguna. Pesanan Hari Hak Asasi Manusia oleh Ramdas Tikamdas yang mengetengahkan “mimpi ngeri buat hak asasi manusia” di Malaysia pada tahun itu telah dibaca oleh YB Lim Kit Siang dalam perbahasan pembentukan HAKAM di Parlimen.

SUHAKAM akhirnya ditubuhkan pada tahun 1999.

^Atas

 

KRITIKAN TERHADAP SUHAKAM (2000)

HAKAM was represented by Raja Aziz Addruse & Ramdas Tikamdas

HAKAM was represented by Raja Aziz Addruse & Ramdas Tikamdas

Walaupun HAKAM terlibat secara aktif dengan SUHAKAM, ia juga tahu bila tiba masa untuk berdiri teguh menentangnya.

Pada 15 Mei 2000, SUHAKAM telah mengadakan mesyuarat pertamanya dengan kumpulan-kumpulan awam, dan ia memilih untuk bertemu dengan Aliran, HAKAM dan Suaram kerana 3 organisasi ini senantiasa di barisan hadapan perjuangan hak asasi manusia dan kebebasan awam di Malaysia.

Kelemahan ketara Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 telah dibangkitkan.

Panggilan juga dibuat untuk pemansuhan semua undang-undang zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Ordinan Darurat 1969, Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948.

Tuntutan telah dibuat untuk SUHAKAM menjadi bebas, berani, mudah diakses, telus, bertanggungjawab dan responsif kepada semua rakyat Malaysia.

^Atas


 

BOIKOT 100 HARI SUHAKAM (2002)

Pada tahun 2002, HAKAM bersama dengan 32 NGO telah bertindak memboikot SUHAKAM. Kelemahan SUHAKAM menjadi ketara apabila laporannya mengenai Kebebasan Perhimpunan dan laporan Siasatan terhadap Lebuhraya Kesas tidak dihiraukan langsung oleh Perdana Menteri ketika itu. NGO-NGO juga tidak berpuas hati dengan pelantikan bekas Peguam Negara, Abu Talib, sebagai Pengerusi SUHAKAM kerana peranan beliau dalam mempertahankan penggunaan ISA dalam Operasi Lalang serta pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim Mahkamah Agung .

^Atas

 

KEMPEN MANSUHKAN ISA (2000)

Call to abolish ISA 2000

Call to abolish ISA 2000

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) terus disalahgunakan di Malaysia sehingga alaf baru. Antara yang telah dianiaya semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Dato ‘Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin HINDRAF. HAKAM telah secara konsisten menyuarakan bantahan terhadap penahanan tanpa perbicaraan.

“Teras persepsi orang ramai terhadap Kedaulatan Undang-Undang adalah perasaan keadilan dan kesaksamaan. Undang-undang Penahanan Pencegahan seperti ISA, sifatnya, mencabar dan melemahkan ciri-ciri utama masyarakat yang bebas dan demokratik.” – Ramdas Tikamdas, Presiden HAKAM

^Atas

 

MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN BERSUARA MELALUI KESENIAN (2003)

Defending freedom of the Arts 2003

Defending freedom of the Arts 2003

Pada tahun 2003, Instant Café Theatre Malaysia telah mengadakan persembahan satira politik yang dipanggil “The 2nd First Annual Bolehwood Awards“. Salah satu bahagian daripada persembahan tersebut didakwa menyinggung perasaan umat Islam. Dalam masa seminggu, Dewan Bandaraya KL mengumumkan bahawa tiada lesen akan diluluskan buat perlaksanaan Instant Cafe Theatre. Pada tahun 2002, Persatuan Ulama Kedah telah tersinggung oleh pementasan “The Vagina Monologues” versi Malaysia. Dewan Bandaraya pada masa itu enggan mengeluarkan permit untuk pementasan kali kedua. Teater “Tok Ampoo” oleh Hishamuddin Rais terpaksa ditutupkan pada tahun 2004.

HAKAM percaya kepada nilai kebebasan bersuara melalui kesenian. HAKAM juga telah menerbitkan sebuah buku mengenai perkara ini dan terus mengeluarkan kenyataan akhbar mempertahankan kebebasan kesenian.

^Atas

 

PESTA HAK ASASI (“FESTIVAL OF RIGHTS“) (2005)

Festival of Rights 2005

Festival of Rights 2005

Perjuangan HAKAM dalam kebebasan bersuara diteruskan melalui Festival Hak Asasi, di mana salah satu festival yang terbesar telah berlangsung pada tahun 2005. Festival ini dianjurkan bersama Majlis Peguam dan Malaysian Civil Liberties Society (MCLS). Lebih daripada 450 peguam, rakyat yang prihatin dan NGO telah “turun ke jalanan” dari Dataran Merdeka ke Parlimen semenjak 7.45 pagi , semuanya berarak dengan pelbagai warna dan telah menarik perhatian ramai menggunakan sepanduk dan pelekat. Mereka kemudiannya berkumpul di Amphitheatre di Taman Tasik untuk mendengar ucapan dan persembahan, di mana Presiden HAKAM pada masa itu, Cecil Rajendra, telah mendeklamasikan sajak yang diwarnai dengan sindiran tajam terhadap pihak berkuasa.

^Atas

 

PENGLIBATAN DALAM SURUHANJAYA KEBANGSAAN ANTARA AGAMA (2005)

National Interfaith Commission participation 2005

National Interfaith Commission participation 2005

Ilham untuk sebuah badan antara agama telah dicetuskan oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan HAKAM pada 10 Disember 2000. Antara masalah yang dihadapi pada masa itu dan masih pada hari ini adalah ketiadaan hak undang-undang untuk menukar kembali ke agama asal selepas memeluk agama Islam, ketiadaan undang-undang untuk merestukan perkahwinan antara agama, kesukaran ahli-ahli keluarga bukan Islam untuk menuntut jenazah dan pengharaman kitab bahasa Melayu. Pada tahun 2001, Majlis Peguam telah menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama, yang melibatkan JUST, HAKAM, ABIM, SIS, MCCBCHS, IKIM, JAKIM, JAIS, SUARAM dan lain-lain.

“Hakikatnya, dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, sememangnya akan wujud geseran kepada kepercayaan agama dan budaya yang bercanggah … kaedah yang memupuk dan konkrit perlu diambil untuk menangani geseran-geseran tersebut dengan cara yang bukan konfrontasi dan tidak melibatkan soal politik . “- Malik Imtiaz Sarwar, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu

Satu sidang antara agama kebangsaan selama dua hari telah diadakan pada 24-25 Februari 2005 bagi membincangkan pembentukan suatu Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (ICM). Ia telah dihadiri oleh lebih 200 wakil di Bangi walaupun diboikot oleh beberapa kumpulan Islam. Satu rang undang-undang draf telah diluluskan. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi memutuskan bahawa pembentukan suruhanjaya yang dicadangkan akan ditunda dan sebaliknya menasihatkan penyokong suruhanjaya tersebut supaya memberi tumpuan hanya kepada dialog antara agama.

^Atas

 

PAMERAN BERGERAK ARTIKEL 11 (2006)

Article 11 Roadshows 2006

Article 11 Roadshows 2006

Selepas berakhirnya dialog rasmi Suruhanjaya Antara Agama, sebuah gabungan 13 NGO, termasuk HAKAM, telah menubuhkan Artikel 11. Kes M. Moorthy dan S. Shamala, di mana penukaran satu pihak kepada agama Islam telah menimbulkan kesukaran untuk ahli keluarga yang bukan Islam, telah mencetuskan banyak ketegangan. Tujuan Artikel 11 ditubuhkan adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang bagi menghadapi dakwaan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Sudah tentunya ini merupakan usaha yang kontroversi dan terdapat protest dan gangguan di forum yang berlangsung di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

^Atas

 

PENENTANGAN TERHADAP KONGKONGAN MORAL (2006-2007)

Pada Januari 2005, JAWI telah menyerbu sebuah kelab malam di Kuala Lumpur dan kemudiannya menahan dan menghina kira-kira 100 remaja Islam. Pada Februari 2005, kempen Melaka Belia 4-B telah bertindak mengintai tingkah laku anak-anak muda secara rambang atas alasan untuk mengawal moral. Pada 2 Mac 2005, sekumpulan transgender telah ditahan di taman rumah seorang kawan oleh pihak berkuasa agama di Taiping. Sepasang suami isteri telah didenda oleh pegawai-pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya untuk kesalahan berpegangan tangan di KLCC Park.

Standing up to moral policing 2006-2007

Standing up to moral policing 2006-2007

Ini hanya segelintir insiden malang yang menunjukkan bagaimana kepolisan moral boleh mencabuli kehormatan seseorang manusia dan hak-hak mereka sebagai warganegara. HAKAM, bersama-sama dengan SIS dan NGO-NGO lain, telah bersuara menentang amalan sebegini.

Lebih daripada 40 pertubuhan bukan kerajaan dan kira-kira 190 individu hari ini telah bersepakat bersuara terhadap kepolisan moral. Mereka menuntut pemansuhan peruntukan dalam undang-undang yang menghalang rakyat daripada hak asasi peribadi, kebebasan bersuara, dan yang bertindih dengan Kanun Keseksaan Persekutuan. Peguam dan wakil Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia Raja Aziz Addruse berkata, pertubuhan ini juga mahu sebuah jawatankuasa yang dilantik untuk memantau proses pemansuhan undang-undang itu, dengan perwakilan dari kumpulan-kumpulan wanita, kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, badan-badan sivil, ulama progresif dan pakar-pakar perlembagaan. Beliau juga menyeru untuk pengukuhan pluralisme melalui dialog masyarakat, bukannya melalui “subkontrak kepolisan moral” dan pengintipan jiran antara satu sama lain yang boleh memecah belahkan masyarakat.

“Ini adalah selaras dengan semangat masyarakat demokratik dan majmuk kita. Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk menegakkan dan melindungi hak-hak rakyat untuk keadilan, kesaksamaan, kebebasan dan kemuliaan pada setiap masa, “kata Raja Aziz kepada pemberita.

^Atas

 

DIALOG AKTA PENYERTAAN SOSIAL SABM-HAKAM (2012)

SABM-HAKAM Dialogue on Social Inclusion Act 2012

SABM-HAKAM Dialogue on Social Inclusion Act 2012

Walaupun Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju, namun kemiskinan dan peminggiran masih mengesani kebanyakan masyarakat. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan HAKAM, yang diketuai oleh Presidennya Datuk Malik Imtiaz, dengan kerjasama pelbagai parti politik seperti DAP, PKR, STAR, SAPP, PSM, PRM dan UPKO telah mengambil bahagian dalam dialog untuk menangani isu serius ini.

Sebuah cadangan Akta Pemasukan Sosial telah dilancarkan oleh SABM dan HAKAM pada 14 Ogos 2012. Ia mencadangkan satu dasar baru yang melaksanakan program inklusif sosial untuk menangani kemiskinan dan peminggiran tanpa elemen politik. Ia juga mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Penyertaan Sosial yang akan bertanggungjawab terus kepada Parlimen.

^Atas

 

USAHA MEMANSUHKAN HUKUMAN MATI (2002, 2013, 2014)

Pada tahun 2002, bekas Presiden HAKAM Raja Aziz Addruse menggesa kerajaan untuk meminda undang-undang hukuman mati mandatori untuk memberi para hakim pilihan untuk menjatuhkan hukuman mati. Di bengkel hukuman mati Amnesty International itu, beliau berkata pada masa ini, penjatuhan hukuman mati bukan satu pilihan bagi hakim dalam kes-kes yang melibatkan pembunuhan dan pengedaran dadah. Beliau berkata bahawa hukuman mati mandatori di bawah Kanun Keseksaan untuk pembunuhan dan kesalahan dadah bermakna bahawa sesiapa yang didapati bersalah secara automatik akan dikenakan hukuman mati.

The Death Penalty Project 2014

The Death Penalty Project 2014

Pada Oktober 2013, dengan kerjasama Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM) dan Newcastle University Medicine Malaysia telah mengadakan bengkel latihan psikiatri forensik di Kuala Lumpur untuk ahli professional kesihatan mental dan undang-undang yang terlibat dalam kes-kes hukuman mati di Malaysia. HAKAM melalui Presidennya Abdul Rashid Ismail telah mengambil bahagian dalam Death Penalty Project (Malaysia) di mana ianya mendapati bahawa 108 orang telah dihukum mati pada tahun 2011, di mana kira-kira dua pertiga adalah untuk kesalahan berkaitan dadah. Pada September 2012, antara 924 orang yang akan dijatuhkan hukuman mati, 648 daripada mereka telah terlibat dalam pengedaran dadah. Dalam projek yang sama, Roger Hood, Profesor Emeritus Kriminologi di Universiti Oxford telah ditugaskan untuk membentang laporan baru mengenai kerumitan sikap orang ramai terhadap hukuman mati di Malaysia. Tajuk laporan ini adalah “The Death Penalty in Malaysia: Public Opinion on the Mandatory Death Penalty for Drug Trafficking, Murder and Firearms Offences”.

 

^Atas