Perjuangan Berterusan

Antara isu-isu lain yang HAKAM perjuangkan adalah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), pengiktirafan hak tanah Orang Asli, dan pemeliharaan hak-hak kebebasan bersuara dan kebebasan beragama di Malaysia. HAKAM akan terus mempertahankan hak-hak sebegini dan lain-lain lagi.

Walaupun kami telah mencapai beberapa kejayaan menerusi pelbagai usaha sejak tahun 1991, hak asasi manusia masih dalam bahaya hari ini! Dengan itu, kita mesti meneruskan usaha kami untuk mendidik orang ramai mengenai hak asasi manusia dan tidak berganjak untuk bersuara menentang dan mengekang pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia.

 

Perjuangan Berterusan untuk Pemansuhan Undang-Undang yang Menindaskan

Tidak dilupakan juga bahawa HAKAM sentiasa konsisten dalam menyuarakan ketidak-adilan tindakan zalim dan tidak demokratik yang melanggar hak asasi manusia. HAKAM telah melihat beberapa kejayaan, dan ia juga telah bertemu dengan kegagalan, tetapi yang lebih penting, ia tidak pernah berputus asa dalam perjuangan ini.

 

Panggilan Berterusan untuk Mengesahkan Perjanjian PBB, Antarabangsa dan Suratcara Hak Asasi Manusia Serantau

FlagsMaklumnya, perjuangan demi hak asasi manusia akan berterusan. HAKAM akan terus meyeru kerajaan untuk mengesahkan suratcara antarabangsa melibatkan hak asasi manusia.

Walaupun Malaysia telah pada tahun 1995 mengesahkan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) (untuk Persamaan Jantina) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (mengenai Hak Kanak-kanak), kita masih belum meratifikasi pelbagai konvensyen penting yang lain. Ini termasuk:

  • Perjanjian Antarabangsa Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ICESCR) (mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan)
  • Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik (ICCPR) (mengenai Hak Sivil dan Politik)
  • Konvensyen Menolak Penderaan dan Tindakan serta Hukuman yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Martabat (CAT) (Anti-Penyeksaan)
  • Konvensyen Antarabangsa Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga Mereka (MWC), yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agung pada tahun 1990 (Hak Pekerja Migran)
  • Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkaitan dengan Status Pelarian 1951 (Hak Pelarian)
  • Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (CERD), berkuatkuasa: 1969 (untuk Persamaan Kaum)

 

Kekejaman dan Kekerasan Polis

policeTerdapat laporan bahawa polis bertindak memukul dan menganiaya penunjuk perasaan aman. Polis telah menahan Ahli-ahli Parlimen, menyalahgunakan proses reman dan mengarak wakil-wakil rakyat dengan gari dan tanpa kasut seperti penjenayah biasa. Mereka juga telah menahan warga emas yang secara sukarela membuat rondaan untuk menjamin keselamatan kawasan kejiranan mereka. Kanak-kanak lelaki yang tidak bersenjata dan remaja ditembak sewenang-wenangnya. Adalah menjadi kebiasaan untuk suspek dalam tahanan dipukul jika mereka bernasib baik, ataupun kehilangan nyawa sekiranya mereka tidak bernasib baik.

Pihak berkuasa, yang sepatutnya melindungi kita semua, seolah-olah sedang berpaling tadah kepada kita. Apa yang lebih teruk adalah situasi polis tidak menyandang tanggungjawab mahupun memohon maaf atas tindakan melampau sekalipun. Mereka hanya bertindak menepuk dada dengan angkuh sambil mendakwa bahawa tindakan mereka adalah bagi “melindungi masyarakat”.

 

Malaysia Sedition Act - cartoon by Zunar

Malaysia Sedition Act – cartoon by Zunar

Penyalahgunaan Akta Hasutan

Kami melihat sebuah kerajaan berasa terancam dengan golongan kartunis dan ahli akademik.
Bukan itu sahaja, mereka menyemai rasa takut dalam sanubari rakyat walaupun kita dalam suasana yang kondusif untuk wacana aman. Mereka mahu kita berbisu mengenai penyelewengan.

Kebebasan bersuara merupakan akar umbi kepada hak-hak lain, dan tanpanya kita bagaikan kambing biri-biri yang senantiasa bersetuju dengan pihak berkuasa.

 

Penyekatan Kebebasan Melalui Undang-Undang yang Lebih Menindaskan

Semasa sesi Parlimen pada April 2015, Dewan Rakyat telah membahaskan beberapa rang undang-undang yang dibentangkan oleh kerajaan yang apabila berkuatkuasa akan membawa kepada penghakisan kebebasan hak asasi asas yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Rang undang-undang Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) serta bil meminda Akta Hasutan 1948 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 telah dibentangkan secara tergesa-gesa di Dewan Rakyat.

Akibat undang-undang zalim (seperti yang dipinda di mana berkenaan) terus menjadi kebimbangan utama HAKAM. Kerajaan mungkin masih ingin memperkenalkan lebih banyak sekatan kebebasan hak asasi melalui pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah dan undang-undang lain yang sedia ada.