Hak Asasi Manusia & Agama

UDHR-Religion

Artikel 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Universal

 

Iklim ketegangan dan kebimbangan kelihatan menggenggam Malaysia apabila isu agama dipercakapkan. Pada tahun lalu dan beberapa bulan kebelakangan ini kita telah melihat reaksi melampau di kalangan pihak-pihak berkuasa, ahli-ahli politik tertentu dan kumpulan sayap kanan dalam meningkatkan dan menangani isu-isu yang berkaitan dengan amalan agama. Kami tidak memperlihatkan keakhiran kepada isu Allah – iaitu berkenaan dengan tahap ataupun had terhadap penggunaan perkataan “Allah” oleh orang yang bukan penganut Islam.

MULTI FAITHKami telah memperlihatkan kecuaian dalam pengendalian hak pembelaan anjing oleh umat Islam, penindasan yang semakin meningkat kaum Shia, bantahan atas paparan salib di gereja, bantahan terhadap pembinaan dan juga perobohan tempat-tempat sembahyang. Selanjutnya, adalah jelas bahawa rakyat jelata kurang diberi peluang-peluangan perundingan dan terpaksa menghadapi kesan ketidakseragaman fatwa-fatwa yang dikeluarkan (fatwa atas apa yang haram dan yang halal sering kelihatan dikeluarkan sewenang-wenangnya) dan percubaan oleh kerajaan negeri untuk memperkenalkan undang-undang hudud. Berdasarkan iklim sebegini, kerajaan pusat juga telah bergegas membuat pindaan kepada Akta Hasutan. Apa yang boleh dipertikaikan adalah isu agama bukannya hanya merupai isu sensitif – tetapi juga sering digunakan sebagai alasan untuk menyekat kebebasan bersuara atas perkara-perkara yang seharusnya lebih sesuai diberi ruang peribadi dan pilihan kepada rakyat jelata.

HAKAM percaya yang ruang bebas perlu diwujudkan untuk perdebatan dan perbincangan tentang isu kebebasan beragama di negara kita. Sejauh manakah rakyat Malaysia mempunyai kebebasan beragama, kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang lain dalam konteks Malaysia yang berbilang agama dan sama ada hak tersebut serasi dengan hak agama-agama yang diamalkan di Malaysia?

 

LANGKAH PERTAMA

1.Forum: Hak Asasi Manusia dan Agama: Adakah kedua-duanya serasi?

HR & Religion A SMALL(3)Sebagai permulaan projek ini, HAKAM dan Kumpulan Penyelidikan Fakulti Undang-Undang Hak Asasi Manusia Universiti Malaya telah menganjurkan satu Forum untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia dan agama: sama ada kedua-duanya serasi.

Para panelis dan penceramah terkenal yang diundang untuk berucap di Forum ini ialah:

  • Shad Faruqi, Prof Emeritus, Universiti Technologi MARA
  • Dr. Dian Diana Abdul Hamed Shah, Pensyarah bidang Undang-undang, Universiti Malaya
  • Datuk Malik Imtiaz Sarwar, Bekas President HAKAM & peguam
  • Philip Koh, Editor-bersama Sheridan & Groves’ The Constitution Of Malaya (5th Edition) & peguam

Forum ini yang telah dianjurkan pada 23 Mei 2015 di Auditorium Tun Suffian, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, telah dihadiri oleh lebith daripada 200 peserta. Salinan laporan Forum ini (dalam Bahasa Inggeris) dapat dibaca melalui pautan ini.

 

2. Sumber-sumber perkara Hak Asasi Manusia dan Agama

religious_pluralism-692131

Maklumat latar belakang dan Artikel Berkaitan

>> Kembali semua artikel ditanda “Agama”

 

3. Forum selanjut, perbincangan dan projek-projek

HAKAM akan menganjur lebih banyak forum, saluran-saluran perbincangan dan projek-projek untuk meneruskan wacana berkenaan agama dan hak asasi manusia. Kami sedang mencari sukarelawan dan ahli-ahli untuk menyertai kami dalam penganjuran yang sama. Sila hubungi kami di info[at]hakam.org.my jika anda berminat untuk menghulurkan bantuan mahupun peluang berkerjasama.