Kawasan hijau Balik Pulau semakin terancam

Sumber: FMT News

GEORGE TOWN: Kawasan hijau di Balik Pulau semakin terancam disebabkan pelbagai projek pembangunan tidak terancang yang diluluskan kerajaan negeri pimpinan DAP, dakwa Ahli Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Katanya sebelum ini kawasan itu merupakan kawasan hijau yang bersih dengan kampung tradisional terpelihara dengan baik selain kebun buah-buahan dan sawah padi.

“Ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN), tidak ada kondominium atau banglo mewah di tengah-tengah hutan di Balik Pulau. Kami benarkan pembangunan namun kami laksanakannya berdasarkan pelan struktur dan hanya kawasan tertentu boleh dibangunkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Pulau Pinang bersempena sambutan Aidilfitri hari ini.

Hilmi yang juga timbalan menteri kesihatan mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw yang mengeluh mengenai perubahan di Pulau Pinang dan kehijauan Balik Pulau yang semakin terhakis, menerusi akaun Facebooknya semalam. Read more