Aktivis Swiss desak DiCaprio pulangkan wang rakyat Malaysia

Sumber: FMT News

Oleh Raevathi Supramaniam

Bintang filem Hollywood itu berada di London untuk tayangan perdana dokumentari mengenai perubahan iklim dan turut dijemput ke sidang akhbar mengenai 1MDB anjuran Bruno Manser Fond. Gambar dari FMT News.

LONDON: Kumpulan aktivis berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fond mendesak pelakon Leonardo DiCaprio memulangkan semula AS$25 juta yang diperoleh menerusi filem “Wolf of Wall Street” kepada rakyat Malaysia.

Kumpulan itu turut mendesak DiCaprio menarik diri sebagai duta keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk perubahan iklim.

“DiCaprio kurang layak untuk peranan seperti itu,” kata pengarah eksekutif kumpulan itu, Lukas Straumann yang mendakwa DiCaprio dan yayasannya menerima manfaat daripada pembabitannya dengan Jho Low dan Riza Aziz, menerusi sumbangan lebih AS$2 juta yang diterima yayasan itu.

“Dia berhutang dengan rakyat Malaysia akauntabiliti terhadap ikatan kewangannya bersama Jho Low dan Riza Aziz,” katanya. Read more