Masalah negara tak selesai selagi keyakinan rakyat merosot, kata Daim

Sumber: FMT News

Bagi mendepani rakyat, kejujuran adalah prinsip terbaik kerana kerajaan tidak akan mampu menyelesaikan masalah negara selagi wujud defisit keyakinan.

daim-malaysia

Kerajaan perlu segera menangani ketidakyakinan rakyat kerana ia sudah berada pada tahap kronik, kata bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin. Gambar dipetik dari FMT News.

SHAH ALAM: Kerajaan perlu segera menangani ketidakyakinan rakyat kerana ia sudah berada pada tahap kronik, kata bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, ia perlu diatasi segera kerana tanpa keyakinan dan sokongan rakyat, amat sukar bagi kerajaan menyelesaikan masalah lain terutama yang memberi kesan langsung kepada rakyat.

“Dalam mendepani rakyat, kejujuran adalah prinsip terbaik. Anda tidak akan dapat menyelesaikan masalah negara selagi wujud defisit keyakinan. (Penyelesaian masalah memerlukan) kerjasama erat antara yang memerintah dan yang diperintah,” katanya dalam rencana tulisannya yang diterbitkan akhbar The Edge pada 11 Disember.

Mengungkapkan pengalamannya ketika krisis ekonomi 1986 dan 1998, Daim berkata beliau ketika itu sentiasa terbuka dan jujur ketika mengutarakan masalah dihadapi negara.

“Rakyat pula mempunyai keyakinan untuk memberi lebih masa dan ruang agar kita boleh menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Menurut laporan mStar pada 23 Februari lalu, kaji selidik Edelman Trust Barometer 2016 menunjukkan kepercayaan masyarakat umum terhadap kerajaan pada tahap 39%, manakala kepercayaan masyarakat terpelajar pada 34%. Read more