Suhakam menegur penyalahgunaan Sosma dan penderitaan dihadapi Orang Asli di Gua Musang sebagai contoh pelanggaran hak asasi manusia.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Razali Ismail — gambar dipetik dari FMT News.
PETALING JAYA: Hak asasi manusia perlu menjadi teras pembangunan negara Malaysia jika kerajaan menyasarkan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Pengerusinya Tan Sri Razali Ismail berkata, walaupun 2016 menyaksikan beberapa kemajuan dalam aspek perlindungan hak asasi manusia di negara ini, masih terdapat pelanggaran yang perlu diakui dan ditangani.
Ini termasuk salah guna undang-undang keselamatan, khususnya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat politik.
“Individu tidak boleh ditangkap dan ditahan kerana melaksanakan hak mereka terhadap kebebasan bersuara,” kata Razali dalam satu kenyataan hari ini. Read more