Bab buruh TPPA terlalu berpihak pekerja asing, kata kumpulan majikan

Sumber: The Malaysian Insider

Persatuan majikan persoal seksyen berkaitan penggajian pekerja asing dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang menimbulkan kebimbangan kerana ia meletakkan keperluan harus dipenuhi majikan yang menggunakan buruh asing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2015.

Pihak berkepentingan mempersoalkan seksyen berkaitan penggajian pekerja asing dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang menimbulkan kebimbangan mereka kerana ia meletakkan beberapa keperluan yang harus dipenuhi majikan yang menggunakan buruh asing.

Perjanjian antara 12 negara itu yang dijangka akan disahkan pada awal tahun depan, mengandungi bab berkaitan buruh, bertujuan menangani isu Malaysia dalam penyeludupan manusia.

Ia termasuk meletakkan beberapa syarat seperti majikan tidak dibenarkan memegang pasport pekerja, levi perlu dibayar majikan dan juga hak menubuhkan sesebuah kesatuan.

Namun, Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama) dan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) berkata pengambilan pekerja domestik sudah pun dilindungi dalam perjanjian 2 hala antara kedua-dua negara. Read more