
Freedom Fund yang ditubuhkan bagi membantu mereka terbabit dalam perhimpunan dan menyokong hak kebebasan bersuara kini sedia beri bantuan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menyatakan Akta Hasutan bertepatan dengan Perlembagaan. – Gambar Facebook, 12 Oktober, 2015.
Freedom Fund yang ditubuhkan awal tahun ini bagi membantu mereka terbabit dalam perhimpunan dan menyokong hak kebebasan bersuara bersedia menyalurkan bantuan pada bila-bila masa susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menyatakan Akta Hasutan bertepatan dengan Perlembagaan.
Keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan pada 7 Oktober lalu terhadap bantahan seorang pensyarah undang-undang Profesor Dr Azmi Sharom sekali gus akan meneruskan semula perbicaraan 30 kes di bawah Akta Hasutan yang ditangguhkan menunggu keputusan berkenaan. Read more