Pelantikan senator tidak lagi ikut Perlembagaan, kata pakar

Sumber: FMT News

Dewan Negara kini dilihat sebagai untuk kroni kerajaan atau parti dengan pelantikan 6 pemimpin Umno sebagai senator, kata Aziz Bari. Gambar dipetik dari FMT News.

Dewan Negara kini dilihat sebagai untuk kroni kerajaan atau parti dengan pelantikan 6 pemimpin Umno sebagai senator, kata Aziz Bari. Gambar dipetik dari FMT News.

PETALING JAYA: Kriteria pelantikan ke dalam Dewan Negara seolah-olah menyimpang daripada objektif digariskan Perlembagaan Persekutuan, kata pakar undang-undang dan menegaskan ia kini mejadi tempat untuk kroni kerajaan atau parti.

Dr Abdul Aziz Bari berkata, Dewan Negara, sebagai komponen ke-2 Parlimen, adalah untuk ahli masyarakat yang tidak boleh dipilih ke Dewan Rakyat.

Dan ini katanya, termasuk wakil kumpulan minoriti seperti Orang Asli, pesara atau kumpulan profesional.

Tetapi Aziz menegaskan Dewan Negara kini nampaknya menjadikan ia tempat untuk kroni kerajaan atau parti.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelantikan 6 pemimpin Umno termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun, kepada Dewan Negara. Read more